suria

Sempat jalani 5 kitaran radioterapi, ibu Ubai ditidurkan kurangkan rasa sakit

Ibu Ubai disahkan menghidap kanser ovari.

PERSONALITI media sosial Ubai memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal kini ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menunjukkan kemajuan selepas menjalani lima kitaran radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.

"Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlakunya pendarahan pada rahim.

ubai1 - 1

Perkongsian Ubai di Instastory miliknya.

"Selepas berlaku pendarahan itu, doktor cadangkan untuk buat lagi lima radioterapi dan Alhamdulillah kelima-lima kitaran itu sudah juga diselesaikan.

"Pada mulanya, selepas rawatan radioterapi itu ibu nampak okay cuma tiba-tiba pagi tadi doktor kata tahap kesihatan ibu tidak stabil dan ambil keputusan untuk tidurkannya," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal satu lagi kitaran kimoterapi, ibu Ubai dikejarkan ke hospital akibat pendarahan rahim

ARTIKEL BERKAITAN: Hari bahagia semakin hampir, Shila Amzah tunggu ibu Ubai sihat sebelum umum tarikh kahwin

Dalam pada itu, tunang kepada penyanyi Shila Amzah itu juga memberitahu selepas ini ibunya perlu menjalani semula enam kitaran kimoterapi dengan menggunakan ubat-ubatan yang lain.

Ubai turut memohon pengikutnya mendoakan ibunya diberikan kesembuhan dan kekuatan bagi melawan penyakitnya itu.

Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlakunya pendarahan pada rahim.

UBAI

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Disebabkan dia (ibu) terlalu sakit, jadi doktor mengambil langkah untuk mengawal dengan menidurkan dia.

"Doktor mahu ibu untuk beri dia berehat. Untuk rawatan seterusnya nanti, mungkin ibu perlu buat semula kimoterapi sebanyak enam kitaran dengan ubat yang berlainan... tetapi dia perlu mula dengan kitaran pertama semula.

uubai

Ubai memaklumkan keadaan terkini ibunya.

"Saya hanya mahu minta orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibu saya supaya dia kembali sihat dan terus kuat untuk melawan penyakitnya itu," katanya.

Pada 8 Julai, ibu Ubai dimasukkan ke hospital PPUM susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim.

Kata Ubai, keadaan ibunya itu susulan disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah pun melakukan pembedahan membuang orgran berkenaan pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain