suria

Bella Astillah sebak baca komen netizen, ramai doa kebahagiaan bersama Aliff Aziz

Peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan Bella dan Aliff.

PELAKON Bella Astillah tidak pernah berasa marah apabila pengikut media sosial sering memberikan perhatian kepada hal berkaitan rumah tangganya bersama penyanyi Aliff Aziz.

Sebaliknya kata Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, dia terharu perhatian itu sentiasa diselitkan dengan doa agar rumah tangga mreka sentiasa diberkati dan dalam keadaan aman.

"Saya tidak marah kepada peminat kerana saya tahu mereka hanya mengambil berat. Terima kasih saya ucapkan.

Instastory yang dikongsi tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

Bella bakal muncul dalam drama popular Tanah Kubur.

"Saya lihat di TikTok dan Instagram, ramai yang sayang saya dan Aliff, malah mereka turut mendoakan agar Allah melindungi rumah tangga kami.

"Saya sebak membaca semua komen ditinggalkan peminat. Walaupun perkara ini mungkin kecil, tetapi orang-orang diluar sana mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah 'move on', padam paparan skrin mesej Sophia Albarakbah di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Sophia Albarakbah bukan ‘marketing’, Bella Astillah tetap sabar walau suami berulang kali terpalit kontroversi

Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Tiga Drama Hebat Astro yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Bella memberitahu dia bakal membintangi drama siri popular Tanah Kubur yang kembali semula selepas tujuh tahun tidak bersiaran.

Saya tidak marah kepada peminat kerana saya tahu mereka hanya mengambil berat.

BELLA ASTILLAH

PENYANYI/PELAKON

Kata Bella, watak yang dibawa dalam drama ini memberi kelainan dengan lakonannya sebelum ini dan berharap ia dapat memberi ikhtibar kepada penonton.

"Masa dapat tawaran tu mula-mula gementar juga. Tapi bila saya lihat jalan ceritanya dan saya pun tidak pernah berlakon drama bertema keagamaan... jadi saya teruja untuk bekerjasama dalam drama ini.

"Sebelum ini saya ada membawakan watak perempuan yang banyak berdiam, menangis.. jadi saya harap watak saya kali ini dapat memberikan ikhtibar kepada penonton," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain