suria

Yak Yak Yeay! Bell Ngasri tak ‘auta’, belanja peminat bebola daging... Jawab tuduhan riyak tayang trofi Bintang Paling Popular

Bell Ngasri mengotakan janji belanja peminat bebola daging.

KENYATAAN gurauan mahu belanja makan tengah hari di bulan Ramadan sekiranya berjaya membawa pulang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang dibuat Bell Ngasri dituntut peminat pelakon dan pelawak berkenaan.

Enggan menghampakan permintaan peminat, Bell atau Ngasrizal Ngasri pada Selasa mengotakan janjinya dengan menyediakan hidangan bebola daging buat 100 peminat bertuah di seluruh cawangan Pak Mat Western Cafe.

Bell Ngasri tak 'auta' (menipu) geng, dia buat betul-betul kenduri.

Hari ini seluruh cawangan Pak Mat Western Cafe, 100 set meatball percuma!," tulisnya di Instagram.

Bell Ngasri 2

Bell cuba memenuhi permintaan peminat.

Bell turut memuat naik foto peminat yang sudah berbaris bagi mendapatkan bebola daging percuma di restoran tersebut.

Dalam pada itu, Bell turut melahirkan penghargaan buat restoran tersebut yang membantunya merialisasikan manifesto ketika mengadakan kempen mengundinya di ABPBH35.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelakar di televisyen, rupa-rupanya garang di rumah... Isteri dedah sisi lain Bell Ngasri

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Bell Ngasri ke Makkah bakal terlaksana, kongsi suka-duka 37 tahun bergelar pelakon - “Hari nikah pun saya masih kerja”

Kata Bell, dia akan cuba sedaya upaya merialisasikan permintaan peminat bagi menggembirakan mereka yang telah banyak menyokongnya.

"Terima kasih buat @pakmatwesterncafe yang nak bantu saya serba sedikit untuk merialisasikan manifesto saya... terima kasih sangat.

"Insya Allah atas permintaan sikit-sikit saya cuba apa yang mampu," katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza di Instagram miliknya, Bell turut menjelaskan tuduhan dia kononnya bersikap riyak apabila mengusung trofi kemenangannya ke mana sahaja dia pergi.

Bell Ngasri 3

Bell jawab tuduhan riyak usung trofi kemenangannya.

Jelas Bell, dia menanti selama 37 tahun untuk menerima penghargaan terbesar dalam karier seninya dan merasakan tidak menjadi kesalahan dia berkongsi kegembiraan itu bersama masyarakat.

"Bab tunjuk piala, bukan riyak tapi 37 tahun tak pernah pegang piala ABPBH, apa salahnya saya kongsi dengan masyarakat yang lalu lalang," ujarnya.

Jumaat lalu, Bell mencipta sejarah apabila menerima trofi berkenaan selain memenangi kategori Artis Komedi Popular.

Ia merupakan pencalonan kali pertama Bell menerusi anugerah itu sejak bergelar pelakon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain