PERKONGSIAN pemuzik Sha'arin Razali bersama seorang wanita ketika menghadiri Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung pada Jumaat lalu mengundang perhatian ramai. Mana tidaknya, menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok memperlihatkan Sha'arin atau Sha'arin Razali Wong memeluk mesra seorang wanita mirip bekas isterinya, Yasmin Hani. "Good Vibes Festival 2023 satu hari dalam 15 saat. Sayangnya hari kedua dan ketiga tidak berlaku," katanya menerusi kapsyen video berkenaan. Sha'arin dan kekasih berseronok di konsert Good Vibes Festival 2023. Hasil carian mStar, wanita berkenaan dikenali sebagai Fyda Othman dan bukannya Yasmin. Dalam pada itu, ramai membuat telahan Sha'arin sudah bertemu pengganti bekas isteri sejak bercerai tahun lalu malah ramai bersetuju wanita disamping pemuzik itu mirip Yasmin. Bagaimanapun, ada pula mendakwa sikap Sha'arin tidak ubah seperti bekas isterinya yang gemar menayang pasangan masing-masing meskipun belum bergelar suami isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Yasmin Hani bercerai, janji kekal hubungan baik dengan bekas suami demi anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Yasmin Hani Akhirnya Menjadi Milik Sha'arin "Dia (Sha'arin) jumpa yang lagi hot! Tapi ada iras wajah bekas isteri pula. "Baru nak puji tapi bekas suami pun dua kali lima dengan perangai bekas isteri tayang kekasih," komen netizen. Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Sha'arin memberitahu dia hanya berkongsi saat berkunjung ke festival berkenaan bukan tayang sedang hangat bercinta. Antara komen netizen yang ditinggalkan di TikTok Sha'arin. "Maaf, saya tak tayang yang kami bercinta gila-gila atau berpelukan. Kami hanya nak kongsi yang kami pergi festival," kongsinya. Untuk rekod, Yasmin dan Sha’arin mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!