PENYANYI Aina Abdul berlapang dada menerima segala teguran mengenai penampilannya yang dikatakan berlebihan semasa muncul di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Menerusi perkongsian di Instastory, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, mengakui membaca segala komen-komen yang ditulis oleh netizen di media sosial. Kata Aina dia berterima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan memandang teguran itu daripada sudut positif. Aina muhasabah diri dengan segala komen dan teguran netizen. "Selalunya saya jarang sekali nak luah isi hati, saya tahu ia akan berhasil luah di sini (Instagram). Saya terpanggil nak tulis sesuatu. "Yup... benar saya ada melihat video tersebut, saya baca semua dan telitikan perkara itu. "Saya renungkan setiap teguran yang masuk. Terima kasih kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan dan tinggalkan yang murni, memberikan mesej dan sokongan. "Saya hargai semuanya," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Artis tutup aurat tapi muncul berfesyen pelik dilarang dalam Islam ARTIKEL BERKAITAN: “Naik lori pun kena nampak gah” - Berhabis di ABPBH35, Aina Abdul puas genggam trofi penyanyi popular Dalam pada itu, Aina juga akan lebih berhati-hati dalam memperagakan pakaiannya di acara tertentu selepas ini. "Alhamdulillah, saya akan cuba yang lebih baik selepas ini. Untuk masa ini nikmati semuanya, masyaAllah," kongsinya. Dr Kamilin Jamilin tegur penampilan selebriti yang berlebihan dalam berfesyen. Sebelum ini, pendakwah Dr Kamilin Jamilin menegur segelintir selebriti yang mengenakan fesyen unik dan pelik sehingga mengundang perhatian ramai termasuk dalam kategori libas al syurah. Kata pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini, pakaian sedemikian dilarang dalam Islam kerana ia boleh mendatangkan sifat riyak dan perasaan hebat daripada orang lain. Susulan itu, netizen memetik namanya dan mendoakan agar penyanyi berkenaan menyedari tindakan dalam berpenampilan berlebihan itu sebenarnya salah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!