suria

Polis terima laporan 9 jam selepas The 1975 tinggalkan Malaysia, tiada tindakan diambil

Ayob akan hubungan rakan sejawat di UK sekiranya perlu ambil tindakan lanjut.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan biadab vokalis kumpulan 1975 pada petang 22 Julai iaitu beberapa jam selepas kejadian berkenaan berlaku.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, laporan tersebut dilakukan selepas kumpulan berkenaan meninggalkan negara membuatkan pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan lanjut.

"Ada pihak mempersoalkan kenapa polis tidak bertindak cepat. Kejadian ini berlaku pada 21 Julai jam 11.30 malam dan kami difahamkan konsert itu dihentikan tidak lama selepas itu.

2195328

Ayob perjelas punca tiada tindakan lanjut terhadap 1975.

"Kumpulan berkenaan kemudian meninggalkan negara pada keesokkan harinya pada jam 5.30 pagi namun laporan polis pertama pula dilakukan pada jam 2 petang.

"Kami tidak mengambil tindakan kerana mereka sudah beredar dari negara ini," katanya.

Ayob berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan World Police and Fire Games, di Ibu Pejabat Polis Polis, Bukit Aman, pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam tampil bela nasib penyanyi dan vendor secara pro bono, saman The 1975 minta ganti rugi

ARTIKEL BERKAITAN: Hina undang-undang LGBT Malaysia, cium pemain bass di atas pentas... konsert The 1975 di Sepang dihentikan

Kata Ayob, sehingga hari ini pihaknya menerima sebanyak 18 laporan polis mengenai kejadian berkenaan yang mana lapan daripadanya dibuat di Selangor.

Namun pihaknya juga tidak teragak-agak untuk menghubungi rakan sepasukan di United Kingdom sekiranya tindakan lanjut perlu diambil kelak.

"Saya yakin pada masa akan datang, Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) akan lebih berhati-hati," ujarnya.

Matty 5

Polis terima 18 laporan berkaitan tindakan biadab The 1975.

Dia bagaimanapun berpendapat untuk tidak menjemput sebarang artis yang terpalit kontroversi atau tidak sesuai dengan budaya Malaysia untuk lakukan persembahan di negara ini.

Pada 21 Julai, persembahan The 1975 dihentikan serta merta selepas Matty menunjukkan pelbagai aksi kurang ajar dihadapan penonton termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan maduk serta meludah di atas pentas.

Tidak cukup dengan itu, Matty menyelar dan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia sebelum bertindak mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain