suria

[V] Shuhada ada pesanan buat perosak rumah tangga, minta ingat balasan Allah

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi sempat meninggalkan pesan buat golongan wanita yang bercita-cita mengecap kebahagiaan di atas penderitaan orang lain agar sentiasa ingat kepada Allah SWT.

Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengingatkan golongan ini agar mengingati balasan Allah pada yang mempunyai niat menggangu rumah tangga orang lain.

"Kepada sesiapa yang bercita-cita mahu mendirikan kebahagiaan di atas penderitaan orang lain, ingat dan percaya Allah.

362885528_1293735151264915_1315915321500897621_n

Shuhada lega kemelut rumah tangga telah berakhir.

"Semua tahu Allah mampu membolak-balikkan hati manusia. Semua yang di dunia ini hak Allah," katanya kepada mStar.

Pada pagi Khamis, Hafidz dan Shuhada akhirnya sah bercerai selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan lafaz dibuat aktor itu pada 22 Februari lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Lega kemelut rumah tangganya sudah berakhir, Shuhada berharap pengalaman dilalui dapat dijadikan contoh kepada wanita lain agar tidak melalui perkara sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi belum nikah Athirah Yuhada, hubungan sekadar kawan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz 22 Februari sah... Hafidz Roshdi dan Shuhada akhirnya cerai talak satu

"Saya ingin beri semangat pada semua wanita di luar sana. Semua yang melalui fasa yang sukar ketika ini, banyakkan bersabar.

"Saya tahu perasaan itu sangat pedih dan perit tapi tidak mengapa Allah baik sangat. Bila kita baik, kejar cinta Allah, Allah akan ganti dengan lebih indah.

"Dugaan yang saya terima adalah ujian, supaya saya kuat dan jadi contoh untuk anak-anak," jelasnya.

Kawan baik itu mungkin tidak tapi hubungi untuk anak-anak supaya mereka boleh berhubung.

SHUHADA

BEKAS ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Mengulas status berubah menjadi ibu tunggal, Shuhada memberitahu dia sudah pun menjelaskan penceraiannya dengan Hafidz kepada anak-anak mereka.

Kata Shuhada, meskipun tidak dapat berkawan baik dengan bekas suami namun dia tetap akan berhubung dengan Hafidz untuk perkara berkaitan anak-anak mereka.

"Kawan baik itu mungkin tidak tapi hubungi untuk anak-anak supaya mereka boleh berhubung.

Shu

Shuhada tak sorok penceraian dari anak-anak.

"Saya memang tak sorok apa-apa daripada mereka malah sudah beritahu Umar dah Humairah yang ibu dan ayah sudah berpisah," katanya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain