ISTERI pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Berita gembira itu dikongsi sendiri Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 41, menerusi Instastory miliknya. Remy juga memaklumkan mereka menimang cahaya mata lelaki pertama. "Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Remy sebelum ini berkongsi Ezza sudah dimasukkan ke wad. "Syukur atas kurniaan rezeki dan rahmat Allah. It’s a boy! "Kami menerima seorang hero... terima kasih Allah," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Remy Ishak dah fikir nama anak sebelum kahwin, ada rasa bimbang bakal bergelar bapa ARTIKEL BERKAITAN: ‘Block’ dan ‘unblock’ sepanjang 7 tahun bercinta, Ezza Yusof kongsi dugaan sebelum kahwin Remy Ishak Remy turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang sihat sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka. "Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih," ujarnya. Sebelum ini, Remy sempat memuat naik keadaan isterinya sedang berada di katil hospital dan memaklumkan Ezza akan melahirkan pada bila-bila masa. Pada Mac lalu, Remy mengesahkan isterinya sedang hamil sekali gus menjawab teka teki peminatnya. Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!