suria

Fizz Fairuz akhirnya bertemu Mimi Peri, rupanya berlakon dalam ‘Mat Tudung Begins’

Mimi Peri bersama Fizz Fairuz di KLCC.

SERING berhubung dan berinteraksi di media sosial, akhirnya pelakon Datuk Fizz Fairuz bersua muka dengan personaliti media sosial popular Indonesia iaitu Mimi Peri.

Hadir sebagai jemputan khas sempena tayangan perdana filem Mat Tudung Begins, Fizz sempat meluangkan masa bersama Mimi atau Ahmad Jaelani, 35, yang tiba di Kuala Lumpur pada Khamis.

Malah pada pertemuan di hotel penginapan Mimi di Petaling Jaya, Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, turut ditemani isteri Datin Almy Nadia serta anak-anak mereka.

mimi peri 1

Mimi sempat berjalan sekitar Kuala Lumpur.

Tayangan perdana filem Mat Tudung Begins bakal berlangsung pada malam Jumaat di TGV One Utama, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Mimi sempat memuat naik video bersiar-siar di Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang turut ditemani Fizz.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz jawab tuduhan beli anugerah usahawan, usaha 5 perniagaan malah produk sudah sampai Turkiye

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz korban 7 ekor lembu sempena Aidiladha, ada simbolik di sebalik

Selain bersiar-siar sekitar ibu kota, Mimi dilihat sempat mencuba salah satu masakan tradisional tempatan iaitu nasi kerabu yang popular di negeri Kelantan.

Sementara itu, filem Mat Tudung Begins turut menampilkan Mimi sebagai pelakon disamping Acey Bocey, Izzue Islam, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud, Jasmin Hamid, Mamak Puteh, Maryam DurianKimchi, Isyariana.

fizz 2

Fizz turut terkena tempias kecaman netizen.

Filem itu bakal menemui penonton pada 3 Ogos ini.

Mimi dan Fizz sebelum ini sering menghiburkan peminat di media sosial apabila mereka kerap melakukan sesi live bersama.

Mimi merupakan salah seorang personaliti media sosial yang mempunyai kelompok peminat tersendiri termasuk dari Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain