suria

Rambut panjang Remy Ishak ‘diragut’, isteri potong sebelum bersalin - “Peluang susah nak dapat”

Gelagat Remy (kanan) ketika Ezza memotong rambutnya.

SEBELUM menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada Khamis, pelakon Remy Ishak sempat memotong rambut yang sudah lama disimpan panjang sebelum ini.

Remy atau Mohd Zalimie Ishak, 41, berkata, tindakan itu dilakukan atas permintaan isterinya iaitu Ezza Yusof yang mahu dia kelihatan lebih kemas sebelum anak mereka dilahirkan.

Apa lebih menarik, rambut pelakon berkenaan dipotong sendiri oleh Ezza.

"Detik-detik akhir kejadian semalam (Rabu). Sebelum kesakitan datang, rambutku 'diragut'.

remy ishak 4

Remy menunjukkan rambut barunya.

"Sempena bakal kelahiran anak, isteri nak saya tampil dalam keadaan lebih kemas," katanya.

Remy berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak dah jadi bapa! Isteri selamat bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Remy Ishak dah fikir nama anak sebelum kahwin, ada rasa bimbang bakal bergelar bapa

Menerusi hantaran itu, kelihatan Ezza sendiri memotong bahagian hujung rambut Remy.

Malah dia juga seakan-akan tidak sabar untuk memotong rambut suaminya itu dan mengucapkan terima kasih kepada anak mereka.

"Peluang yang susah nak dapat. Terima kasih kepada bakal anak saya," kata Ezza.

Dalam perkongsian berbeza di Instagram Ezza, ramai yang memuji penampilan terbaharu Remy dengan gaya rambut pendek.

remy ishak 3

Remy tampil dengan imej rambut panjang sejak beberapa tahun lalu.

"Wah, Remy dan potong rambut. Remy dah potong rambut, ini baru hero!

"Remy lebih handsome dengan rambut pendek," komen netizen.

Pasangan ini menyambut kelahiran anak sulung mereka pada pukul 11.17 pagi hari Khamis di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain