suria

Hana Ismail selesai cuci rahim selepas keguguran, luah rasa terharu Da'i Syed setia menjaganya 

Hana tersenyum terima jambangan bunga daripada suami selepas keluar hospital.

PENGACARA Hana Ismail memaklumkan selesai menjalani rawatan mencuci rahim selepas mengalami keguguran pada Rabu lalu di Hospital Pakar KPJ Kajang.

Hana atau Nurul Hana Ismail, 36, memberitahu dia juga sudah dibenarkan pulang dan akan berpantang di rumah.

"Alhamdulillah pembedahan saya berjalan dengan baik berkat doa semua dan Hana dibenarkan keluar hospital hari ini.

"Insya Allah akan menjalani proses berpantang dan penyembuhan di rumah," katanya.

hana 2

Syed setia menemani isteri sepanjang berada di hospital.

Hana berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Khamis dengan memaparkan dia sedang berbaring di katil wad hospital berkenaan.

Menerusi video yang disertakan, Hana juga dilihat tersenyum apabila suaminya, Da'i Syed menghadiahkan sejambak bunga ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 10 minggu, isteri Da'i Syed alami keguguran

ARTIKEL BERKAITAN: Kena kecam kongsi kemesraan di media sosial, Hana Ismail hanya serlahkan diri sebenar

Dalam pada itu, Hana meluahkan rasa syukur apabila Syed setia di sampingnya sepanjang proses berkenaan.

Jelas Hana, Syed adalah sumber kekuatan dia disaat kehilangan anak dalam kandungan yang baru berusia 10 minggu.

"Saya tidak akan berjaya secara fizikal, mental dan kewangan kalau tidak kerana insan bernama Syed Shah Iqmal. Wallahi, dialah sumber kekuatan terbesar Hana sepanjang tempoh ujian ini.

hana 3

Hana mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki usia 10 minggu.

"Dia bersama saya sepanjang masa hatta urusan di bilik air sekalipun! Ya Allah kau ganjarilah suamiku dengan sebaik-baik ganjaran. Payunginya dengan rahmah dan kasih sayangMu dunia akhirat," luahnya.

Pada malam Rabu lalu, Syed memaklumkan Hana dimasukkan ke hospital kerana mengalami keguguran dan reda dengan kejadian tersebut.

Untuk rekod, Syed atau Syed Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain