suria

Shila Amzah sedih bakal ibu mentua pergi enam hari sebelum majlis kahwin, sempat pesan jangan tangguh walau apa berlaku

Shila dan Ubai bakal teruskan majlis perkahwinan demi pesanan arwah ibu.

PENYANYI Shila Amzah meluahkan rasa sedih apabila bakal ibu mentuanya iaitu Rohani Jamal menghembuskan nafas terakhir kira-kira enam hari sebelum dia dan Ubai mendirikan rumah tangga.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata sepanjang tempoh membilang hari bahagia itu, dia dan Ubai lebih banyak meluangkan masa melawat arwah yang sedang menerima rawatan di hospital.

"Semua orang yang nak bernikah akan buat video counting days, dari bulan ke minggu, ke hari. Tapi Sha (panggilan dirinya) dan Ubai ulang alik ke hopsital hampir setiap hari demi mak," katanya.

Shila 2

Shila kenang semula kenangan peribadi bersama bakal ibu mentua.

Shila berkongsi perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram pada pagi Isnin.

Berkongsi pengalaman mengenali arwah secara peribadi, Shila berkata bakal ibu mentuanya itu sangat baik dan melayaninya seperti anak sendiri.

Bukan itu sahaja, arwah juga disifatkan sebagai insan yang kuat berdepan ujian selepas kehilangan seorang anak dua bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ubai meninggal dunia akibat kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah puji Ubai hebat lumba lari, katanya sedang bilang hari untuk sampai ‘garisan’

"Kita tak banyak gambar bersama mak, tapi Sha sangat bersyukur sebab belum jadi menantu pun mak dah layan Sha macam anak sendiri. Keluh resah Sha semua mak pujuk," luahnya.

Kata Shila lagi, ibu Ubai merupakan individu paling teruja dan gembira menanti menanti hari perkahwinan mereka.

Malah, arwah sempat membantu menyiapkan gubahan hantaran untuk majlis kelak.

Dalam pertemuan terakhir sebelum ini, arwah sempat menitipkan pesan agar Shila menjaga adik Ubai iaitu Alieya seperti adik sendiri.

Percayalah Sha bersyukur sangat dapat juga merasa walau seketika.

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Tapi dah ditakdirkan mak sakit, bukan semua orang ada rezeki untuk dapat mak mentua yang baik.

"Percayalah Sha bersyukur sangat dapat juga merasa walau seketika," luahnya.

Lebih menyentuh hati apabila arwah juga sempat mengedar kad kahwin mereka kepada kaki tangan hospital yang merawatnya.

"Mak bagi kad kahwin dekat semua orang di hospital. Satu hospital tahu bila kami akan nikah.

Shila 3

Pesanan bakal ibu mentua akan tetap jadi ingatan Shila.

"Dia pesan dekat semua, apa-apa pun jadi teruskan majlis jangan tangguh," ujarnya.

Pada petang Ahad, Rohani, 71, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada pukul 6.45 petang.

Menurut Ubai, ibunya ditidurkan selepas tahap kesihatannya tiba-tiba menurun selepas menjalani lima kitaran radioterapi pada 24 Julai lalu.

Ibu Ubai dimasukkan ke hospital PPUM susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai lalu.

Rohani disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah pun melakukan pembedahan membuang orgran berkenaan pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain