BERITA perceraian pelakon dan pengacara Anis Al Idrus mengejutkan ramai peminat kerana dalam diam rupa-rupanya aktres ini sudah berpisah dengan Aiman Rafzan sejak tahun lalu. Kata Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal, 35, dia mengambil masa agak lama untuk memaklumkan mengenai perkara itu kerana mahu menunggu waktu sesuai. Malah, tujuannya memaklumkan perceraian itu kepada umum kerana tidak mahu timbul fitnah di kemudian hari. Anis tidak selesa berkongsi kisah peribadinya. "Bila saya lihat keluarga dan kawan-kawan saya sudah dapat menerima tentang perpisahan kami, jadi barulah saya maklumkan secara umum. "Tujuan saya maklumkan berita perpisahan kami ini juga untuk kebaikan bagi mengelak fitnah... di masa hadapan kita tidak tahu apa yang akan terjadi. ARTIKEL BERKAITAN: Anis Al-Idrus Akhirnya Jadi Milik Mohd Rafzan ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau ada, Alhamdulillah... kalau tiada pun bersyukur" - Anis Al-Idrus serah takdir soal zuriat "Kisah penceraian saya bukanlah untuk digembar-gemburkan tetapi lebih kepada perkongsian untuk tidak menimbulkan fitnah," katanya kepada mStar. Enggan mendedahkan punca perceraian, Anis berkata dia lebih selesa untuk hanya berkongsi kisah peribadinya dengan keluarga dan teman rapat. "Kalau boleh saya tidak mahu bercerita lanjut tentang penceraian ini. Apa yang boleh saya katakan kami sudah berpisah sejak tahun lalu. Saya lebih selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan keluarga dan kawan rapat sahaja. ANIS AL IDRUS PELAKON/PENGACARA "Sesiapa yang mengikuti perkembangan saya di media sosial, saya lebih selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan keluarga dan kawan rapat sahaja," ujarnya. Ditanya perancangannya selepas bercerai, Anis memberitahu dia kini mahu memberikan lebih fokus kepada kerja seni termasuk bidang lakonan dan pengacaraan. Kata Anis, dia tidak pernah berhenti berlakon tetapi dirinya kurang mendapat perhatian daripada pihak media. TONTON VIDEO PILIHAN! Malah diusianya kini, dia tidak mahu lagi mengejar populariti kerana sudah melibatkan diri selama 20 tahun dalam bidang hiburan. "Saya masuk dalam industri hiburan ini sejak usia 15 tahun lagi... jadi sekarang ini bukan masanya lagi untuk saya mengejar glamor. "Saya masih lagi aktif berlakon drama, mengacara dan juga menjadi pempengaruh kecantikan. Anis mahu fokus dengan kerjaya seni. "Buat masa ini, saya gembira dengan kehidupan saya sekarang... go with the flow. Saya terima apa sahaja tawaran yang diberi insyaAllah," katanya. Untuk rekod, Anis dan Rafzan mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2017 di De'Laman Event Space, Shah Alam. Pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube