suria

Teringat kejadian anak tumpahkan pengilat kuku di butik mewah… Kali ini rezeki Tomok, New Boyz dapat ‘sponsor’ jenama sama

Tomok bawa anak bertuah pilih baju tajaan di butik mewah.

SIAPA sangka peristiwa anak tertumpah pengilat kuku di sebuah butik berjenama pada April lalu membawa tuah buat penyanyi Tomok.

Susulan kejadian itu Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 39, mendapat tajaan pakaian daripada jenama Levi’s sempena konsert New Boyz Live In Singapura pada 9 September ini.

“Memang tak sangka dapat panggillan daripada sebuah jenama antarabangsa. Bukan senang nak dapat tajaan begini.

Tomok 1

Tomok teruja dapat tajaan pakaian mewah.

“Mereka hubungi saya kira-kira dua minggu lalu dan saya sendiri kumpulkan anggota kumpulan untuk ambil barang tajaan,” katanya dihubungi mStar pada Isnin.

Tomok terdahulu berkongsi video dia bersama rakan-rakan New Boyz mengunjungi butik jenama berkenaan di pusat membeli belah The Gardens, Kuala Lumpur pada Ahad.

Jenama tersebut bersetuju memberi dua set persalinan setiap seorang termasuk baju, seluar dan jaket.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tertumpah pengilat kuku pada pakaian di butik mewah, Tomok terpaksa bayar ganti rugi RM5,593

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat mula bising konsert 4G's tangguh sejak 2020, Tomok bersama 3 rakan penyanyi buat laporan polis

Bersyukur dengan tajaan berkenaan, Tomok tidak melepaskan peluang memilih koleksi khas jenama itu.

“Saya pilih koleksi jeans dari Jepun. Memang rare dan susah nak dapat. Terima kasih kerana sudi taja kami.

“Mereka tidak meletakkan sebarang had harga ketika kami datang memilih. Mereka bagi kebebasan memilih,” ujar.

Tomok 2

Tomok tanggung rugi RM5,593 pada April lalu.

Pada April lalu, Tomok terpaksa membayar sebanyak RM5,593 selepas anak perempuannya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik berkenaan.

Tomok bagaimanapun menjual semula pakaian yang dibeli itu dan habis dijual dalam masa 24 jam menerusi sesi live di laman Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain