suria

Duet artis baharu cara Jamal Abdillah kekal relevan, janji adakan konsert dua malam jika tiket ‘sold out’

Jamal mahu terus kekal relevan dalam industri seni.

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah mengakui strategi duet bersama artis baharu merupakan salah satu cara untuk kekal relevan dalam industri.

Meskipun terbuka untuk mencuba sesuatu yang baharu, Jamal, 64, berkata dia tidak mahu lari daripada konsep lagu-lagu pop yang telah diperjuangkan sejak sekian lama.

"Saya ini sudah berusia, jadi kalau nak kekal relevan inilah caranya. Saya berduet dengan artis-artis baharu supaya terus kekal berada dalam industri.

WhatsApp Image 2023-07-31 at 17.22.17

Jamal akan berduet bersama dua anaknya di konsert.

"Ramai artis baharu yang berbakat. Tak salah untuk saya bekerjasama dengan mereka.

"Bagaimanapun genre pop itu perlulah dikekalkan. Sebelum ini pernah cuba tampil lagu rock, tetapi tetapi ada bunyi pop," katanya kepada mStar.

Jamal ditemui ketika sidang media Konsert Jamal Abdillah Live In Concert yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah timang anak keenam, beri nama Rahil Laura Salsabila

ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah mengaku silap ajak peminat tolak DAP

Istimewa untuk konsert kali ini, Jamal akan tampil berduet dengan seorang penyanyi lelaki legenda selain dua orang anaknya iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani.

"Saya tidak boleh dedahkan siapa penyanyi lelaki yang akan berduet pada acara itu nanti. Saya kena hormat pihak penganjur dan biarlah mereka umumkan nanti.

"Tentang hasrat berduet dengan anak pula, saya sudah maklumkan cuma apabila melibatkan syarikat pengurusan perlu ada perbincangan lanjut.

Walaupun dah banyak kali menyanyi, saya kena buat persiapan untuk konsert ini.

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

"Saya memang teringin untuk tampilkan anak-anak dalam acara besar sebegini," ujarnya.

Dalam pada itu, Jamal juga berkata dia akan mengurangkan persembahan awam bagi menjaga eksklusiviti sebelum menjelang hari konsert.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Malah dia sudah mula menghafal lagu-lagu yang dipilih untuk konsert pada 9 September itu.

"Walaupun dah banyak kali menyanyi, saya kena buat persiapan untuk konsert ini. Saya juga tinggalkan seketika kerja-kerja lain supaya dapat memberi fokus.

"Selain itu pastinya akan kurangkan kemunculan dalam mana-mana acara. Konsert ini melibatkan penganjur, jadi kena menjaga nilai eksklusif,” jelasnya.

275362998_376829310923986_2238992952914081006_n

Jamal beri fokus sepenuhnya pada konsertnya.

Konsert berkenaan bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan tiket boleh didapati secara atas talian di www.myticket.asia.

Pihak penganjur iaitu Shiraz Project juga menjanjikan acara tersebut akan berlangsung dua malam sekiranya tiket habis terjual.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain