suria

Korset bentuk wajah curi tumpuan, rekaan khas Schiaparelli buat Michelle Yeoh

Gaun pengantin rekaan Schiaparelli mencuri perhatian peminat Michelle Yeoh.

PELAKON Tan Sri Michelle Yeoh mengadakan majlis resepsi secara kecil-kecilan buat rakan dan keluarga terdekat baru-baru ini selepas mengumumkan perkahwinannya dengan Jean Todt pada 28 Julai lalu.

Meskipun sekadar majis sederhana namun gaun yang digayakan pelakon filem Everything Everywhere All At Once itu menjadi bualan peminat selepas Michelle memuat naik gambar majlis itu di Instagram miliknya.

Gaun berwarna krim itu disertakan dengan korset berbentuk wajah itu adalah rekaan khas jenama Schiaparelli oleh Diego Della Valle dan Daniel Roseberry bagi melambangkan kebahagiaan.

"Terima kasih buat adik kesayangan saya iaitu Dieoga dan Daniel untuk pakaian yang menakjubkan ini," katanya.

Snapinsta.app_362985659_18376440829025065_8371813900195527009_n_1080

Michelle dan Jean memotong kek perkahwinan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum melihat keanggunan busana tersebut.

Malah mereka juga berpendapat busana berkenaan sesuai dengan kebahagiaan yang ditunggu-tunggu aktres tersebut.

"Kami sangat gembira untuk awak dan pakaian itu sesuai sangat! Awak layak bahagia! Kedua-duanya nampak sepadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Michelle Yeoh kongsi foto perkahwinan, siap muat naik gambar atas katil bersama suami

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh akhirnya kahwin Jean Todt selepas hampir 2 dekad bercinta

"Korset itu nampak menakjubkan! Pandai perkara fesyen kenakan dengan tema mereka," antara komen netizen.

Pada 28 Julai lalu, berita perkahwinan pasangan iuni diumumkan oleh pelumba Formula 1 Brazil iaitu Felipe Massa di Instagram miliknya.

Majlis berkenaan yang berlangsung di Geneva, Switzerland diadakan secara tertutup dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Snapinsta.app_362313539_18376440853025065_356865507206854813_n_1080

Pasangan pengantin bergambar bersama tetamu.

Bagaimanapun, ibu Michelle iaitu Datin Janet Yeoh memaklumkan dia tidak mengetahui tentang perkahwinan anak perempuannya itu.

Janet juga berharap agar anak perempuannya itu pulang ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan rakan-rakan.

Michelle sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain