suria

Buat lawak tentang politik depan penonton Singapura, Awie hanya bergurau

Awie mengaku silap melawak tidak kena tempat berkiat politik negara.

TINDAKAN penyanyi Datuk Awie membuat lawak mengenai politik semasa terlibat dalam The Rock Emperor Concert! di Singapura pada 29 Julai lalu mendapat kritikan ramai.

Menerusi video yang tular di media sosial, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, dilihat sedang bercakap tentang lagu berjudul Harapan sebelum salah seorang penonton melaungkan perkataan sama.

Awie yang mendengar laungan itu terus menjawab dengan spontan dengan mengaitkan dengan Pakatan Harapan (PH).

"Tengoklah kalau ada harapan. Rasanya Pakatan Harapan itu nak tumbang dah dekat Malaysia. Entah ada harapan ke tidak, tak tahulah.

Awie 2

Awie semasa konsert di Singapura pada 29 Julai lalu.

"Baiklah, kita doakan yang terbaik untuk politik Malaysiaku tercinta," katanya.

Gara-gara gurauan itu, netizen mula rasa tidak senang malah mula mengaitkan Awie dengan parti politik tertentu.

Susulan itu, tular pula tangkap layar perbualan dipercayai milik Awie dan juga Datuk Afdlin Shauki di laman Twitter.

Dalam perbualan tersebut, Awie memaklumkan lawak itu berlaku secara spontan malah berharap agar tidak dikaitkan dengan politik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lapan tahun terpisah, Awie akhirnya berpeluang jumpa dua anak Aidiladha ini

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata saksi pertemuan Awie dan 2 anak, bekas isteri pun turut serta - “Terima kasih ibu anak-anakku”

Dia juga mengakui kenyataan tersebut tidak kena pada tempat dan waktu yang sesuai.

"Minta dijauhkan gua (saya) dengan politik. Itu hanya cakap macam melawak saja. Spontan. Mungkin tak kena pada tempat dan masa. Itu salah... salah gua.

"Cuma masa itu gua nak nyanyi lagu Harapan. Gua kaitkan sikit situasi yang gua nampak.

"Lepas itu gua minta doakan politik Malaysia ini jadi baik dan bagus. Gua tak sengaja. Minta maaf bro," katanya.

Awie 1

Awie mengaku salah tentang lawaknya yang spontan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berpendapat Awie hanya ingin bergurau agar berkait dengan lagu nyanyiannya yang seterusnya.

Namun mereka juga berharap agar penyanyi tersebut lebih berhat-hati dalam berkata-kata selepas ini.

"Kalau nak melawak itu sila fikir dulu, tak semua benda boleh buat lawak.

"Aku pun rasa Awie sekadar nak melawak saja, rileks jangan semua benda nak serius sangat.

"Jadi pengajaran buat mana-mana artis, nak buat persembahan jangan nak kaitkan atau sebut mana-mana politik. Main cara selamat," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain