suria

MPO anjur konsert kenang Sudirman, Liza Aziz antara barisan artis hiburkan penonton 

MPO adakan konsert bagi menghargai Allahyarham Sudirman pada 16 September ini.

SEMPENA ulang tahun ke-25 Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), sebuah konsert mengenang bintang legenda tanah air Allahyarham Datuk Sudirman Arshad bakal diadakan September depan.

Pemilihan tersebut dilakukan selepas Allahyarham berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang penghibur paling berjaya dan dihormati di negara ini.

"Konsert ini merupakan langkah yang bertepatan apabila MPO memberikan penghormatan kepada ikon muzik kesayangan Malaysia pada Hari Malaysia.

unnamed

Antara artis yang bakal menyanyikan lagu Sudirman.

"Konsert terbuka beliau di Jalan Chow Kit pada tahun 1986 yang menyaksikan kehadiran seramai 100,000 orang merupakan konsert paling berjaya di Malaysia," kata kenyataan dikeluarkan MPO kepada mStar.

Pada malam itu nanti, MPO turut menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Liza Aziz yang merupakan bekas penyanyi latar Sudirman, Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat kelulusan Puspal, Han Byul tiada dalam konsert Apresiasi Irama Keroncong

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya tambat hati Simon Cowell, Cakra Khan tak lupa peminat Malaysia... Konsert 17 September di Zepp KL

Konsert yang bakal diterajui Ahmad Muriz Che Rose itu nanti bakal memperlihatkan alunan muzik tradisional, balada, broadway dan lagu-lagu rakyat seperti mana pernah dipopularkan Sudirman.

Antara lagu yang bakal dinyanyikan pada malam itu seperti Joget Kenangan Manis, Apa Khabar Orang Kampung, Merisik Khabar, Pelangai Petang, Hujan dan banyak lagi.

325592500_562079952459450_7419595971156776734_n

Orkestra Filharmonik Malaysia bakal bawa pelbagai genre pada 16 September nanti.

Malah lagu-lagu patrotik seperti Warisan dan 31 Ogos turut didendangkan pada malam itu nanti.

Konsert ini akan berlangsung Dewan Filharmonik Petronas, Menara Berkembar Petronas pada 16 September dengan harga tiket bermula RM668 sehingga RM288.

Tiket boleh ditempah melalui telefon 03-23317007 dan email menerusi [email protected] atau untuk mengetahui lebih boleh layari laman Web MPO.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain