suria

Makin sado makin kelakar! Khai Bahar mengaku pertama kali kendali Twitter, terkejut keluar macam-macam gosip

Ramai peminat yang terhibur melihat perkongsian Khai.

PERTAMA kali mengendalikan akaun Twitter miliknya sendiri, penyanyi Khai Bahar dilihat terlalu teruja sehingga membuat lebih 10 perkongsian status dalam sehari.

Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia mulanya berasa janggal dan kekok untuk menggunakan platform berkenaan kerana sebelum ini semua urusan dilakukan oleh pihak pengurusan.

"Kalau ada yang bertanya, iya... itulah (akaun) saya. Dah tua baru start main Twitter. Saya jadi noob sikit.

khai bahar 1

Khai kini mengendalikan sendiri akaun Twitter miliknya.

"Sebelum ini orang lain yang buat, sekarang saya sendiri kendalikan. Selamat menggunakan Twitter," katanya.

Khai yang mula aktif sejak Isnin lalu turut membuat sesi 'perkenalan' di laman Twitter yang kini dikenali aplikasi X dan mengakui terkejut membaca banyak cerita gosip di laman sosial itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bayang ini secara jujur mengakui tidak tahu cara membalas status pengikut di laman Twitter itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kurang sihat, Khai Bahar lebih kerap balik Perlis... “Keadaan dia sekarang ingat-ingat lupa”

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar ajar diri kongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib baik, hidup pernah susah sebelum jadi penyanyi

"Agak terkejut macam-macam gosip keluar. Kalau nak berkawan dengan saya okey je. Kenal saya dulu. Saya sporting orangnya.

"Komen kita keluar di feed satu-satu ke? Maaf saya tak tahu. Kecamlah saya," guraunya.

Menerusi pemerhatian mStar, Khai dilihat berkongsi tentang pengalaman mengendalikan laman tersebut selain membuat ciapan semula (retweet) beberapa video.

khai bahar 2

Khai mula aktif di Twitter.

Malah, dia juga berseloroh meminta pengikut di Twitter menyekat akaun miliknya itu jika rasa kurang senang dengan apa yang ditulis.

"Jangan tengok cik, nanti sakit susah pula. Block je saya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain