suria

Kes hadanah interim selesai, Fatin Afeefa dapat hak penjagaan sementara anak perempuan

Kes hadanah interim berpihak kepada Fatin.

PELAKON Fatin Afeefa diberi hak penjagaan sementara terhadap anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, berkata, dia bersyukur dengan keputusan dibuat mahkamah namun kes induk hadanah antara dia dan bekas suami pelakon Adam Shahz masih lagi berjalan.

Menurut Fatin, dia berjanji akan menjaga anak perempuannya itu dengan baik sehingga kes induk hadanah selesai.

"Alhamdulillah, kes hadanah interim selesai. Kes induk hadanah masih berjalan.

fatin1 - 1

Perkongsian Fatin di Instastory miliknya.

"Saya bersyukur kepada Allah, Ivy akan berada di bawah penjagaan saya sehingga kes utama selesai," katanya.

Fatin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.

Sebelum ini, Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, memfailkan permohonan bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka.

Fatin bagaimanapun memfailkan bantahan untuk permohonan pindaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa lembut hati benarkan Adam Shahz jumpa anak, buat pindaan tuntutan kerana enggan bertengkar

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz dah empat bulan tak jumpa anak, hak penjagaan temui jalan buntu... Fatin Afeefa minta hormati pihak mahkamah

Pada Julai lalu, menerusi temu bual bersama mStar, Adam meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya itu sudi bertolak ansur dan memberikan keizinan untuk bertemu dengan Ivy.

Kata Adam, dia mengambil kesempatan bertemu dan meluangkan masa bersama anaknya itu semasa cuti sekolah.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain