suria

13 kategori Anugerah TikTok Malaysia 2023 dipertandingkan... Khairul Aming, Boss James antara calon ‘Creator of the Year’

TikTok Awards meraikan kejayaan pencipta kandungan digital.

TIKTOK sudah menjadi salah satu platform media sosial paling popular yang bukan sahaja menghiburkan tetapi sebagai medan pelbagai perkongsian informasi dalam kalangan pelayarnya.

Di sini juga munculnya ramai pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial dalam pelbagai lapangan dengan jutaan pengikut

Sejak platform digital ini ditubuhkan, TikTok menjadi pilihan dalam memupuk semangat ekspresi kreatif dengan mencorakkan sebuah komuniti menerusi perkongsian video.

TikTok Awards - Creator of the Year

Kategori Creator of the Year memperlihatkan persaingan enam calon.

Buat julung kalinya, Anugerah TikTok Malaysia 2023 diadakan bagi menghimpunkan yang terbaik dalam arena penciptaan konten sekali gus memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat melangkau batasan kreatif dan menjadi sumber inspirasi kepada komuniti.

Bagi edisi pertama, sebanyak 13 kategori dipertandingkan yang terbahagi kepada Pilihan Juri dan Pilihan Peminat.

Tujuh kategori Pilihan Peminat (People's Choice) adalah Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year.

tiktok1 - 1

Amelia, Izzue dan Sherry merupakan hos TikTok Awards MY 2023.

Antara nama pencipta kandungan yang tercalon dalam kategori Creator of the Year adalah @khairulaming, @bossjames_oe, @lawyergandhi, @auntiepurple248, @sallywhoo dan @ceddyornot.

Manakala kategori Popular Creator of the Year memperlihatkan persaingan di antara @drbengee, @alexhkf, @sofyank96, @ryanbakery, @gigicheoh dan @itsjovynn.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebut tiket penerbangan ke Australia, Korea Selatan dan menangi 50,000 AirAsia point dalam Cabutan Bertuah mStar TikTok 1 juta!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali gagal kerana depresi dan tekanan, influncer ini lupakan hasrat jadi doktor... Tak kedekut kongsi ilmu perubatan di TikTok

Sementara itu, menerusi Pilihan Juri (Judge Pick) memperlihatkan enam kategori dipertandingkan yang mana semua pencalonan dipilih berdasarkan kriteria ditetapkan barisan panel eksekutif.

Kategori yang dipertandingkan adalah Best of Beauty & Fashion, Best of Education, Best of Entertainment, Best of Foodie, Best of Gaming dan Best of Sports.

Barisan panel dibarisi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima dan Primeworks Studios iaitu Nini Yusof dan Pengurus Besar Operasi dan Pemasaran TikTok Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

TikTok Awards - Celebrity of the Year

Kategori Celebrity of the Year turut dipertandingkan.

Penyanyi Hael Husaini turut terlibat dalam pemilihan 10 calon terbaik bagi enam kategori tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Operasi TikTok Malaysia iaitu Yin Yin Hooi berkata, pihaknya teruja membawakan anugerah ini bagi meraikan pencapaian dan usaha luar biasa ditonjolkan pencipta kandungan digital di platform tersebut.

Mengangat tema ‘Yang Gah di Skrin Kecil’, Yin Hooi percaya anugerah ini bakal menjadi batu loncatan buat pencipta kandungan digital untuk mendapat pendedahan lebih meluas.

tiktok2 - 1

TikTok Awards MY 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini.

“Kami teruja untuk membawakan TikTok Awards kepada masyarakat di Malaysia untuk meraikan kejayaan warga pencipta kita yang menjadi tulang belakang platform ini.

“Tema ‘Yang gah di Skrin Kecil’ mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta menggandakan dan mempersembahkan kejaayan mereka di pentas besar,” katanya.

Malam kemuncak Anugerah TikTok Malaysia 2023 bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

2023TTAMY-screen wipe square_nominees

Best of Foodie antara kategori Pilihan Juri.

Pada acara itu ini, penonton bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri dan Alyph.

Anugerah itu bakal dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson manakala acara karpet merah pula dikendalikan oleh Ceddy Ang dan Sissy Imann.

Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Bagi tujuh kategori Pilihan Peminat, undian boleh dibuat sehingga 26 Ogos ini di Anugerah Anugerah TikTok Malaysia 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain