PENDAKWAH selebriti Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar menggesa mana-mana pengamal perubatan Islam di negara ini agar tidak terlalu ghairah berkongsi pengalaman mengubat golongan artis demi meraih perhatian ramai. Asmawi, 48, berkata, perkara itu bukan sahaja mendedahkan aib pesakit malah tujuan asal untuk membantu pesakit sudah tersasar. "Sebenarnya mereka nak tunjuk apa? Adakah mereka nak tunjuk hebat dengan berkongsi gambar bersama selebriti? "Berkongsi di media sosial perkara bergitu adalah bersifat peribadi. Mereka sengaja mahu menaikkan jumlah pengikut di platform masing-masing bagi tujuan promosi. Asmawi juga aktif sebagai pelakon. "Dalam pada masa sama, apa pula pandangan orang yang diubati itu? Pasti mereka akan rasa malu," katanya kepada mStar. Asmawi juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam dan berpengalaman selama lebih tahun membantu ramai golongan selebriti. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak tahu apa dia nak” - Suami Miera Liyana teruskan tuntutan nusyuz, bekas isteri pertama sedia bela diri ARTIKEL BERKAITAN: Kes hadanah interim selesai, Fatin Afeefa dapat hak penjagaan sementara anak perempuan Tambahnya golongan yang diberi keistimewaan ilmu sebegini tidak boleh mengambil kesempatan terhadap orang lain. Bagi Asmawi juga setiap amalan baik itu tidak perlu untuk dihebahkan dengan niat mahu mengaut keuntungan semata-mata. Saya percaya setiap apa yang dilakukan bukan untuk dilihat oleh umum. DATUK TUAN ASMAWI PENDAKWAH SELEBRITI "Dalam dunia perubatan Islam ini, kita perlu senyap dan menjaga setiap apa yang dilakukan. Saya percaya setiap apa yang dilakukan bukan untuk dilihat oleh umum. "Saya melihat mereka ini lebih mengutamakan keuntungan dalam perniagaan apabila menganggap golongan selebriti ini mampu meningkatkan promosi," ujarnya. Asmawi lebih gemar berkongsi ilmu kepada pengikut media sosial. Dalam masa sama, penasihat agam Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ini juga memberi cadangan supaya rakan-rakan yang turut mengamalkan perubatan Islam lebih banyak berkongsi tentang ilmu kepada khalayak. "Saya sendiri banyak membantu golongan selebriti. Tetapi rasanya tidak elok untuk saya berkongsi kisah mereka. "Sebagai orang yang ada ilmu begini kita boleh saja kongsi manfaat tentang apa yang tidak diketahui umum. Sebagai contoh boleh ceritakan tentang masalah santau atau saka," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!