suria

Bekas isteri ND Lala berseloroh tentang cari pengganti, cuma berharap tak jumpa lelaki ‘bodoh’  

Syada tidak menghalang ibunya untuk berkahwin semula.

BEKAS isteri Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman tidak menolak sekiranya bertemu pengganti selepas rumah tangga 34 tahun yang dibina bersama penyanyi era 80-an itu musnah pada awal Ogos.

Secara berseloroh, Fauziah, 55, berharap tidak dipertemukan dengan seorang lelaki yang bodoh sebagai calon suami.

"Cuma berharap tak jumpa yang bodoh," katanya.

syada1 - 1

Fauziah bahagia bersama anak-anaknya.

Fauziah berkongsi perkara itu ketika muncul dalam sesi siaran langsung di TikTok milik anaknya yang juga penyanyi Syada Amzah.

Sementara itu, Syada, 25, pula memberitahu sebagai anak bongsu dia terbuka jika ibunya mahu mencari kebahagiaan dan mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 34 tahun berakhir, isteri dedah ND Lala sudah lafaz cerai

ARTIKEL BERKAITAN: "Serabut tengok mereka bergaduh" - Shila Amzah tak mampu paksa ibu bapa terus bersama, cerai jalan terbaik

Kata Syada, jodoh adalah ketetapan yang sudah ditentukan Allah SWT dan sebagai anak dia berasa bahagia jika ibunya gembira.

"Saya okey kalau mama jumpa jodoh baru. Kalau dah namanya jodoh, kan?," katanya sebagai menjawab pertanyaan pengikutnya berhubung perkara itu.

Pada 9 Ogos lalu, Fauziah mendedahkan perkahwinannya dengan ND Lala sudah terlerai dengan penceraian.

Fauziah memberitahu ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, membuat lafaz itu di Masjid Ar Rahman Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun, penyanyi itu hanya memaklumkan kepadanya tentang lafaz dibuat melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos.

Untuk rekod pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1989 dan selain Syada, mereka dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu penyanyi Nurshahila Amzah, 33, Amir Syafiq, 30 dan Amir Syahir, 28 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain