suria

Haji Zul Ariffin tolak tawaran produser… Enggan terima watak berpelukan dan adegan seksi

Fadzil (kiri) hormati permintaan Zul untuk tidak melakukan babak keterlaluan.

SELEPAS selesai mengerjakan rukun Islam kelima, pelakon Zul Ariffin mula menunjukkan perubahan untuk tidak lagi menerima apa-apa tawaran yang berkehendakkan dia berpelukan dengan bukan mahram serta melakukan adegan seksi.

Perkara itu dikongsi oleh produser drama Zeel Production iaitu Fadzil Teh yang berususan dengan Zul untuk menawarkan watak sebuah drama kepadanya beberapa hari lalu.

"Beberapa hari lalu saya bersembang dengan pelakon Zul, tawarkan dia watak untuk drama bersiri baru.

zul ariffin 1

Zul selesai mengerjakan ibadah haji pada musim lalu.

"Kata Zul dia masih berlakon tetapi tidak mahu watak seksi atau berpelukan. Saya beritahu untuk dia terima watak ini kerana tiada babak 'gomol' perempuan.

"Dia minta maaf kerana tidak mahu lagi terlibat dalam cerita sebegitu," katanya.

Keputusan Zul atau Zulkifli Ariffin, 36, itu dipercayai dibuat selepas dia mengerjakan ibadah haji pada musim lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin bakal tunai ibadah haji, berangkat ke Makkah 10 Jun

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Zul Ariffin bakal berhijrah ke Makkah, mahu mulakan perniagaan... “Sekarang dalam proses berpindah”

Terkesan dengan keputusan yang ditetapkan oleh Zul itu, Fadzil turut menghubungi stesen televisyen terlibat untuk meminta agar membuang adegan-adegan keterlaluan yang dirasakan tidak perlu.

Zul bagaimanapun tetap menolak secara baik untuk tidak terlibat dengan drama bertajuk Dosa Cinta itu.

"Saya terus hubungi orang kuat TV, maklumkan kami buang babak yang agak seksi. Mereka setuju dan menghormati permintaan saya.

zul arifin 2

Zul menolak terima tawaran babak berpelukan.

"Saya terfikir dan malu pada diri sendiri. Kata-kat Zul bagaikan satu tamparan hebat buat diri sendiri. Saya pernah berjanji tak mahu terbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya.

"Tapi saya sendiri lalai dan lemah dalam dunia glamor ini. Terima kasih Haji Zul Ariffin," ujarnya.

Pihak mStar cuba mendapatkan komen balas Zul namun dimaklumkan pelakon itu masih berada di luar negara.

Zul berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji pada 10 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain