suria

Foto buat kerja rencam disangka hidup susah, rupanya Ebi Kornelis (AF5) ada syarikat sendiri di Sabah 

Foto Ebi sanggup melakukan kerja-kerja rencam curi perhatian ramai.

PENGIKUT setia program realiti Akademi Fantasia (AF) pasti mengingati salah seorang peserta yang juga naib juara musim kelima iaitu Ebi Kornelis.

Lama menghilangkan diri dari radar dunia hiburan, Ebi atau Ebi Kornelis Firdaus Yaimal, 40, memberitahu dia masih aktif dalam bidang seni namun lebih banyak terlibat dalam kerja belakang tabir seperti pengarahan dan menulis skrip.

Tidak hanya itu, Ebi memberitahu dia juga sibuk menguruskan syarikat pengurusan acara miliknya yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah dan tidak terfikir untuk kembali ke Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.

"Sebelum ini saya buat keputusan pulang ke Sabah sebab arwah ibu sering sakit... Sejak itu saya memulakan karier di Sabah dan syarikat sendiri.

ebi kornelis 2

Ebi masih aktif menyanyi di Sabah.

"Banyak juga tawaran yang datang malah ada produser panggil saya untuk mengarah. Saya tiada masalah berulang alik ke Kuala Lumpur jika ada tawaran tapi untuk berpindah terus rasanya biarlah saya di sini (Kota Kinabalu).

"Tapi tidak mustahil juga suatu hari nanti saya akan kembali ke Kuala Lumpur... Itu belum pasti lagi," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok makin popular... Boss James mula jaga penampilan, muka tak boleh ada jerawat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada hikmah kena penjara, Ismahalil 3 kali khatam al-Quran... “Mula-mula susah tapi sekarang jadi sayang”

Dalam pada itu, Ebi menyangkal tanggapan sesetengah pihak kononnya dia hidup susah selepas dia berkongsi foto sedang memasang peralatan pentas di sebuah acara.

Ebi berkata, meskipun dia mempunyai syarikat sendiri namun itu bukan alasan untuk duduk senang lenang dan tidak turun padang membantu pekerjanya di lapangan.

Tidak mustahil juga suatu hari nanti saya akan kembali ke Kuala Lumpur... Itu belum pasti lagi.

EBI KORNELIS

PENYANYI

"Saya bukan orang yang suka tunjuk gaya seperti orang ada 'class'... Nanti orang lain takut nak dekat. Jadi biarlah saya buat seperti biasa sahaja.

"Syukur saya boleh kata sekarang hidup dalam keadaan sederhana. Peluang kerja pun masih banyak di sini," ujarnya.

Berkongsi mengenai nyanyian, Ebi memberitahu dia masih belum melupakan cinta pertamanya itu malah bakal tampil dengan sebuah lagu duet bersama vokalis kumpulan Estranged iaitu Rich Gimbang.

ebi kornelis 3

Ebi sebelum ini pernah mengarahkan telefilem Sekolah Sampah.

Tidak hanya itu, dia juga teruja apabila telefilem arahannya berjudul Sekolah Sampah turut tercalon dalam Content Asia Awards 2023 yang mana keputusannya bakal diumumkan pada 24 Ogos ini.

"Alhamdulillah dapat tercalon pun sudah cukup bermakna buat saya... Ia beri semangat untuk filem pertama arahan dan tulisan saya sendiri nanti.

"Saya juga masih aktif menyanyi malah bakal muncul dengan sebuah lagu yang mengangkat tentang kisah kehidupan yang kita semua lalui bersama Rich Estranged," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain