PELAKON dan pengacara Karl Shafek membuktikan serius dalam bidang fesyen apabila tampil dengan pertunjukan fesyen sepanjang 800 meter di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada malam Ahad. Karl selaku pengasas dan pengarah kreatif Neonate Clothing Company berkata, acara itu adalah yang pertama seumpamanya menggunakan trek lumba di mana tetamu dapat menyaksikan model memperagakan koleksi terbaharu jenama itu seperti menonton lumba kereta Formula 1 atau MotoGP. "Apa yang anda saksikan adalah hasil idea dan ‘kerja gila’ dari dua jenama ini. Saya boleh katakan ini adalah acara pertunjukan fesyen terbesar diilhamkan sepenuhnya oleh saya dan pasukan. Karl teruja pertunjukan fesyen berjalan seperti dirancang. "Ia juga pertunjukan fesyen pertama di atas trek jadi macam-macam gaya mereka dapat saksikan seperti pelumba, mekanik, ‘umbrella girl’ dan banyak lagi. "Ia juga boleh dikatakan antara ‘runway’ terpanjang yang mana jaraknya hampir 800 meter. Walaupun tiada pentas disediakan tapi setiap model perlu berjalan di atas trek lumba,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun Karl Shafek berdepan depresi, masih dapatkan rawatan pakar ARTIKEL BERKAITAN: Karl Shafek sakit lagi, mata kiri bernanah... nampak macam ada semut merayap - “Penat, tak payah la cari-cari aku lagi!” Susulan kejayaan tersebut, Karl berharap pertunjukkan melibatkan Neonate dan SVG akan menjadi penanda aras kepada pereka muda lokal lain menghasilkan idea luar biasa selepas ini. “Saya memang nak jenama Neonate ini menjadi penanda aras kepada industri fesyen yang mana kita nak pereka tempatan di luar sana dan anak seni untuk tampil ke depan dan ekspresikan kerja seni mereka. Separuh model dipilih menerusi uji bakat pada Jun lalu. “Jangan risau fasal sokongan atau bajet kerana percayalah akan ada pihak yang nak membantu anda. Banyak badan-badan korporat dan syarikat swasta yang memerlukan promosi dan platform untuk memperkenalkan jenama mereka. “Selain itu saya juga berimpian agar acara ini dapat menjadi satu acara tahunan seperti Streetwear Fashion Week. "Kalau boleh saya nak orang luar tahu yang negara kita ada banyak jenama yang mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk melakukan acara fesyen secara solo seperti yang dilakukan oleh jenama terkenal antarabangsa,” katanya. Seramai 80 orang model menyajakan pertunjukan fesyen Neonate X SGV. Bertemakan ‘Race Day’, pertunjukan Neonate X SVG itu diadakan sehari sebelum jadual rasmi Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) dengan memperagakan 83 koleksi pakaian melibatkan 80 model. Seramai 10 Muse diperkenalkan pada acara ini seperti MK-Klique, Saixse, Haneesya Hanee, Qistina Raisah, Qawiy (TikTok) dan ramai lagi. Acara yang bermula jam 7 malam tadi itu dihadiri lebih 3,500 tetamu dengan kehadiran rakan penaja, selebriti dan peminat fesyen streetwear. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!