suria

Hubungan rapat selepas putus cinta, Fify Azmi sangka Syazwan Zulkifly garang tapi rupanya kelakar

Syazwan dan Fify mula rapat selepas berlakon sama.

PELAKON Syazwan Zulkifly mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan aktres Fify Azmi.

Kata Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly, 38, hubungan mereka mula rapat sekitar Mei lalu selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama.

"Kami baru nak kawan, baru nak rapat. Dia pun baru lepas putus cinta. Jadi semuanya masih baru lagi.

syazwan 2

Syazwan juga terbuka berkongsi kisah bersama Fify.

"Saya dah lama kenal Fify, cuma kami rapat selepas berlakon sama. Hari-hari di lokasi dan kami banyak berbual, daripada situlah mula serius," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Sebelum ini Syazwan berkongsi rakaman video dia memujuk Fify di laman Instagram miliknya.

Gara-gara video itu ramai peminat mula membuat spekulasi mendakwa pasangan ini sedang bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tak puas enjoy punca tak jadi kahwin Nafiez Zaidi, Fify Azmi jawab berkeras mahu berpisah - “Tak perlu buka aib sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi bukan penyebab Nafiez Zaidi berpisah, tak mahu ada masalah dengan Fify Azmi

Meskipun wajah wanita dalam video berkenaan dikaburkan, namun ramai dapat meneka individu itu adalah Fify.

Dalam pada itu, Syazwan berkata dia tiada masalah untuk berjumpa atau bekerjasama dengan bekas kekasih Fify yang juga pelakon Nafiez Zaidi.

Hari-hari di lokasi dan kami banyak berbual, daripada situlah mula serius

SYAZWAN ZULKIFLY

PELAKON

"Saya rapat dengan Fify selepas hubungan mereka putus. Saya pun ada berlakon sama dan hadir acara promosi filem bersama Nafiez. Kami okey sahaja," ujarnya.

Sementara Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Muhammad Azmi, 33, yang turut bersama Syazwan ketika dihubungi memberitahu dia selesa berkawan dengan aktor itu.

fify azmi 1

Fify selesa berteman rapat dengan Syazwan.

"Kami tidak rancang nak bercinta pun, mungkin dah jodoh untuk kami berjumpa dan rapat berdua.

"Apabila berada di lokasi dan sama-sama berlakon, saya rasa serasi dengan dia. Selama ini orang kata dia garang, rupa-rupanya Syazwan seorang yang kelakar," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain