suria

Flying kiss Wan Azizah buat Siti Nurhaliza, Misha Omar pula malu-malu jumpa PMX di Konsert KEPCI Music Fest 

Misha akui malu-malu pertama kali berjumpa PMX.

GABUNGAN sembilan penyanyi terkenal berjaya mengegarkan Stadium Malawati Shah Alam dengan kehadiran 8,500 penonton menerusi Konsert KEPCI Music Fest yang berlangsung pada malam Sabtu.

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahum dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut meluangkan masa menghadiri konsert berkenaan.

Persembahan pembukaan yang dimulakan dengan kumpulan wanita Coex sebelum diteruskan oleh Insomniacks yang menyampaikan lagu popular mereka iaitu Pulang.

Kemunculan penyanyi Misha Omar mendapat sorakan gemuruh penonton yang tampil dengan tiga buah lagu iaitu Pulangkan, Sampai Bila dan Bunga-Bunga Cinta.

konsert kfc 1

Amy dan Siti juga antara yang majdi tumpuan peminat.

Misha ketika berada di pentas sempat bergurau dengan Perdana Menteri dan berterima kasih kepada beliau dan isteri kerana sudi hadir menyaksikan persembahannya dan rakan artis lain.

“Kalau tadi di belakang pentas semasa jumpa Perdana Menteri saya nampak macam pendiam dan malu-malu... Sebenarnya saya tak, cuma terkaku sebab kali pertama jumpa PMX”, ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad cabar diri beraksi depan kamera, bukan mudah bawa watak berebut wang tunai RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Rasai debaran masuk set inspirasi filem seram di The Conjuring Universe Tour

Persembahan diteruskan dengan penyanyi Bunga yang menyampaikan tiga buah lagu iaitu Intan Payung, Belai dan Buai.

Aura penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mempesonakan penonton di stadium apabila muncul mendendangkan beberapa buah lagu termasuk Bukan Cinta Biasa.

Sebagai menghargai kehadiran Wan Azizah, Siti turut menyanyikan lagu Menjaga Cintamu secara acapella yang merupakan lagu OST untuk filem Anwar The Untold Story dan menerima ‘flying kiss’ daripada isteri PMX.

konsert kfc 2

Noki dan MK membuat kejutan menghiburkan peminat.

Penonton tidak ketinggalan untuk ‘sing along’ semasa Amy Seach yang menyanyikan lagu Isabella, Kerja Gila dan Rozana.

Antara artis lain yang membuat persembahan adalah Sekumpulan Orang Gila dan Yonnyboii.

Penampilan MK (K-Clique) sebagai penutup menyampaikan lagu trending Malampagi secara solo dan turut ditemani Noki menyampaikan lagu beberapa buah lagu hit K-Clique.

Membuat kejutan, MK dan Noki turun dari pentas dan menyanyi ditengah ‘lautan’ penonton menyampaikan lagu Mimpi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain