suria

Zuriat bukan punca poligami, Abang Tesla jawab sorok isteri muda

Abang Tesla larang isteri kedua guna media sosial sejak sebelum kahwin.

PEMPENGARUH media sosial Abang Tesla secara berseloroh tidak menolak akan berkahwin lagi jika isteri keduanya juga tidak mampu memberinya zuriat.

Abang Tesla atau Muhammad Kahl Iltizam Yusry bagaimanapun menjelaskan soal anak bukan punca dia berkahwin dua sebaliknya ada faktor dalaman yang tidak dapat didedahkan.

"Fasal zuriat bukan faktor utama tapi ada faktor dalaman... Kalau nak cerita ia akan membuka aib dan saya tidak mahu buat begitu.

"Apa yang pasti selepas berpoligami semua jadi 'cantik'. Semua masalah dalaman yang berlaku selesai.

Caprice 1

Abang Tesla dan isteri pertama muncul di podcast Caprice.

"Kahwin sebab nak anak itu tidak benar," katanya.

Muhammad Kahl menjelaskan perkara itu ketika muncul dalam siri podcast di saluran YouTube Caprice Original Films.

Isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari turut muncul dalam program berkenaan.

Dalam pada itu, Abang Tesla berkata, sepanjang lima tahun berkahwin dengan Nurmajdina mereka juga sudah berusaha pelbagai cara bagi mendapatkan zuriat termasuk rawatan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) namun tidak berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen selongkar video lama Abang Tesla, nasihat lelaki setia pada satu... “Bila curang rosak hubungan dan bisnes”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa nak muntah!”... Ridhuan Tee tegur video ‘Abang Tesla’, parodi minta izin isteri kahwin selepas solat persenda agama

Malah katanya, Nurmajdina pernah hamil namun kandungannya itu mengalami keguguran.

"Sebelum ini kami sudah buat pemeriksaan kesihatan dan melalui semua fasa bagi mendapatkan cahaya mata malah isteri pernah mengandung tetapi gugur.

"Soal duit bukan isu, biar duit habis banyak pun tidak mengapa. Insya-Allah saya akan usaha nak dia ada zuriat yang keluar daripada rahimnya sendiri," jelasnya.

Tesla

Abang Tesla belum sedia dedah isteri kedua.

Sementara itu, bercerita mengenai isteri keduanya, Abang Tesla berkata, dia bukan mahu menyorokkan identiti wanita berkenaan sebaliknya enggan mengeruhkan keadaan sedia ada.

Malah katanya, dia juga sudah menjangkakan situasi ini akan berlaku apabila dia mengumumkan perkahwinan keduanya kepada umum dan meminta isteri mudanya berhenti daripada menggunakan media sosial sejak tiga bulan lalu.

"Saya memang suruh dia jangan guna media sosial sejak tiga bulan lepas... Saya tak mahu orang melebih-lebih apabila saya maklumkan mengenai perkahwinan kami.

"Apa paling penting sekarang hanya kita dan Allah sahaja tahu apa niat kita," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain