suria

Achey dedah Tiara ada masalah pembelajaran, galak berniaga mahu asah kemahiran anak

Achey memberi peluang untuk Tiara cuba berniaga.

SEMENJAK perniagaan makanan ringan yang dijalankan anak perempuan pelawak Achey mendapat sambutan luar biasa, pelbagai reaksi dikongsi masyarakat mengenai perkara tersebut.

Ini termasuk ada segelintir yang mempertikaikan tindakan Achey yang seolah-olah mempergunakan anak perempuannya iaitu Nur Tiara Zinnirah demi menjana pendapatan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, mendedahkan Tiara sebenarnya seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

Disebabkan itu juga, dia mahu mencungkil kelebihan dan kemahiran yang ada dalam diri kanak-kanak berusia lima tahun itu sejak awal.

tiara1 - 1

Ramai meluahkan rasa kagum dengan kebolehan Tiara menjual produknya di TikTok.

"Saya beritahu awal-awal, Tiara seorang kanak-kanak yang agak perlahan dalam pembelajaran.

"Tetapi saya yakin dia boleh belajar cuma saya dan isteri perlu lebih berusaha untuk mengajarnya di rumah.

"Saya juga mahu mengikut apa yang dia minat dan saya percaya minat (dalam perniagaan) ada cenderung kepada masa depannya nanti," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Achey berkata, selain kepentingan pelajaran, dia melihat ilmu kemahiran penting untuk diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil minat berniaga! Achey layan permintaan anak bisnes gula-gula, 2 jam 'live' jual 3,000 pek... "Yang nak membungkus ni mak bapa dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Terima bayaran RM300, tak bertegur dengan Abam... Achey imbau kenangan sukar bersama Bocey

Kata Achey, dia tidak mahu memberi tekanan kepada Tiara disebabkan masalah dihadapinya, sebaliknya percaya pendidikan kemahiran juga mampu menjadikan anaknya berjaya suatu hari nanti.

"Bukan ilmu tak penting tapi saya tidak boleh menekan Tiara... Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini kemahiran juga penting dalam mencari pendapatan.

"Saya percaya kalau anak-anak terapkan pengalaman yang dia ada dan masukkan sekali dengan pembelajaran yang diajar, saya rasa hasilnya akan jadi lebih baik," jelasnya.

Bukan ilmu tak penting tapi saya tidak boleh menekan Tiara.

ACHEY

PELAWAK

Sementara itu, pelawak tersebut turut menyangkal dakwaan perniagaan dilakukan Tiara laris disebabkan statusnya sebagai anak kepada selebriti popular.

Achey memberitahu setiap kejayaan adalah bergantung kepada produk dan strategi pemasaran yang dibuat.

“Ada juga komen-komen yang mengatakan Tiara ini anak artis senanglah nak berniaga. Tidak, ada banyak usahawan yang berjaya dahulu baru terkenal.

“Anak saya ini jual gula-gula saja. Kalau perniagaannya tidak berhasil, tidak berjaya juga.

tiara2 - 1

Sebagai bapa, Achey mahukan yang terbaik buat Tiara.

“Saya pun berniaga sambal, walaupun artis tapi saya ambil masa selama tiga minggu untuk menjual 80 botol sambal.

“Kalau produk yang dijual itu okay, dapatlah terjual dengan banyak... jangan kata sebab dia terkenal. Ramai lagi di TikTok jual gula-gula dan berjaya sebagaimana yang Tiara lakukan,” jelasnya.

Pada Rabu lalu, Achey terkejut perniagaan makanan ringan yang dijalankan Tiara menerima sokongan luar biasa daripada netizen.

Biarpun tidak mendapat keuntungan besar, Achey bersyukur apabila mereka berjaya menjual sebanyak 3,000 pek gula-gula dan menerima 'gift' daripada pengikut di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain