suria

Ira Kazar bahagia dengan kehidupan, luah kata romantis buat Syamsul - “Sayang awak suami”

Ira kongsi detik bahagia bersama suami.

SEDANG bahagia melayari kehidupan berumah tangga, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sempat berkongsi momen mereka berdua di Instagram miliknya.

Meskipun jarang memuat naik gambar berdua, hantaran yang dikongsi Ira atau Faghirah Fatini Kazruddin, 28, itu menjadi tumpuan ramai pihak yang mengikuti perkembangan mereka.

Menerusi video di Insta Story miliknya itu, Ira turut meluahkan kata-kata romantis buat suaminya itu selain memberitahu mereka gembira dengan kehidupan mereka.

syamsul 2

Syamsul bersama anak-anaknya.

"Kami gembira dengan hidup kami sendiri. Sayang awak suami," ujarnya.

Pada rakaman video tersebut, Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dilihat menari kegembiran sambil tersenyum tatkala isteri itu merakamkan detik berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli keluarga Ira Kazar ‘jentik’ Puteri Sarah, tiada lagi belas kasihan - “Jumpa di mahkamah terus”

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah, Ira Kazar temui jalan damai... Kes saman selesai luar mahkamah

Kisah antara Syamsul dan Ira sering kali menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan sudah bernikah di Thailand pada 5 Januari lalu.

Nama Ira sebelum itu hangat diperkatakan susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana.

syamsul 3

Syamsul dan Puteri Sarah bercerai pada 14 Jun lalu.

Bagaimanapun kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain