suria

Jangan lepas peluang tonton drama dan filem tempatan, kempen Viu Lokal Lah! sempena kemerdekaan

SEMPENA sambutan kemerdekaan yang ke-66 pada 31 Ogos ini, perkhidmatan penstriman video OTT Viu Malaysia melancarkan kempen Viu Lokal Lah! bagi menyokong industri seni tempatan.

Sepanjang Ogos ini, Viu akan menayangkan pelbagai drama dan filem tempatan termasuk penerbitan Viu Original yang telah mendapat pengiktirafan di pelbagai peringkat termasuk di luar negara.

Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Viu Malaysia dalam menyokong industri seni melalui penyiaran kandungan tempatan dan siri Viu Original.

viu - 1

Antara drama dan filem tempatan yang akan disiarkan di Viu.

Antara drama yang akan ditayangkan termasuk I Love You, Stupid, Nenek Bongkok Tiga, Hilang, She Was Pretty (Malaysia), Keluarga Baha Don musim 1-3 dan Black.

Manakala bagi tayangan filem pula adalah Pekik, Roh, Mukhsin dan banyak lagi.

Dalam pada itu, acara kemuncak penutup kempen ini akan diadakan pada 31 Ogos bertempat di LaLaport BBCC bermula pada pukul 4 petang hingga 10 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama adaptasi 'W: Two Worlds' antara 5 siri menarik Viu Original 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah terfikir mahu padam kisah pahit atau derita? ‘Alter-Naratif’ bakal buat penonton tak senang duduk!

Viu Lokal Lah! Live Showcase bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi popular tempatan antaranya Bunkface, Saixse, Kidd Santhe, Radhi OAG & Budak Scene All-Stars, MK K-Clique, Aisha Retno dan Fimie Don.

Selain itu, showcase tersebut turut menampilkan barisan pelakon Viu termasuk Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Pengunjung boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan bermula pada pukul 4 petang termasuk mengunjungi gerai dari vendor tempatan serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif dan sesi meet and greet bersama pelakon Viu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain