USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi penjelasan selepas ramai mengecamnya susulan memilih isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sebagai model terbaharu produk keluarannya baru-baru ini. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, menjelaskan dia tidak menyokong mana-mana pihak dalam isu membabitkan Ira dan aktes Puteri Sarah Liyana yang hebat diperkatakan sebelum ini. Malah kata Aliff, sebelum ini juga dia pernah menjadikan Puteri Sarah sebagai model tudung keluarannya sebelum ini. "Saya ini tak sokong mana-mana pihak. Saya tak sokong Ira dan tidak juga menyokong Puteri Sarah. Aliff memberitahu dia tidak menyokong mana-mana pihak. "Kalau anda (netizen) tak tahu saya pernah ambil Puteri Sarah sebagai model tudung saya. "Saya sokong Puteri Sarah, saya sokong Ira Kazar... saya tidak sokong mana-mana ya," katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri hilang sabar di Tanah Suci, dakwa pengasas tudung liat bayar hutang jutaan ringgit ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri mengamuk Mercedes Benz kena langgar, terkejut sampai tak mampu kawal perasaan marah Dalam pada itu, Aliff berkongsi dia hanya mahu memberi fokus kepada perniagaan dan memohon agar masyarakat tidak memboikot produk keluarannya. "Saya hanya fokus pada bisnes saya sahaja. Jadi kepada anda janganlah unfollow saya... jangan sampai tak beli produk saya," ujarnya. Sebelum ini, Aliff memuat naik video di Instastory mempromosikan koleksi tudung terbaharu dan kelihatan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, sedang menjalani sesi fotografi sambil menggayakan tudung. Netizen tidak berpuas hati Ira dipilih sebagai model tudung. Usahawan itu turut memuat naik video promosi produk gincu yang turut menampilkan Ira sebagai model. Susulan daripada itu, rata-rata netizen berasa kurang senang melihat Aliff memilih Ira sebagai model disebabkan kontroversi rumah tangga suaminya bersama Puteri Sarah sebelum ini. Ada di antara netizen yang mengatakan ingin memboikot produk keluaran usahawan itu dan tidak lagi mahu mengikutinya di media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!