suria

“Terima kasih Baby” - Enot dapat teddy bear daripada Mr Secret, ungkapan ‘I Love You’ bukti ada teman lelaki

Enot menerima hadiah teddy bear daripada seorang jejaka dipercayai teman lelakinya.

SUSULAN dakwaan menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita berpewatakan lelaki (tomboi), pelakon Enot seakan memberi gambaran dia sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka.

Meskipun tidak mendedahkan nama atau wajah jejaka tersebut, Enot atau Alizza Abdullah, 45, memuat naik sebuah video menerima sebuah patung beruang bersaiz gergasi daripada seorang lelaki dipercayai teman lelakinya.

Enot yang memanggil jejaka berkenaan dengan panggilan baby memberitahu dia menerima hadiah itu kerana tidak sihat.

enot1 - 1

Enot bahagia dengan kehidupannya sendiri.

"Hari ini (Rabu) ada orang bagi kita teddy bear la... sebab kita tak sihat. Terima kasih baby," katanya.

Enot berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video berkenaan, lelaki berkenaan turut bertanya kepada Enot sama ada dia menyukai hadiah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan buka aib tapi luahan kecewa, Didie Alias dah tak kisah... Hanya mampu panjatkan doa buat Enot

ARTIKEL BERKAITAN: Enot pilih diam elak bermusuh, minta 'sahabat' gali punca jauh hati

Malah lelaki itu sempat mengungkapkan kata I Love You kepada Enot yang turut dibalas dengan ucapan I Love You Too daripada Enot.

Pelakon drama Dalam Hati Ada Cinta ini bagaimanapun memuat naik TikTok story dengan menutup wajah lelaki berkenaan dengan emoji cinta dan menggelarkan dirinya Mr Secret.

"Mr. Secret terima kasih kerana sabar dengan gosip-gosip ini," ujarnya.

enot2 - 1

Enot menepis dakwaan menjalinkan hubungan songsang.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama penerbit Melodi iaitu Michelle Wee, pelakon Didie Alias atau Fadzilah Mohd Ali, 51, membicarakan tentang sahabatnya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Biarpun tidak menyebut nama, namun ramai membuat andaian individu dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka akrab sebelum ini.

Tambah Didie, dia juga berasa kesal apabila timbul dakwaan mengatakan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita.

Malah kata Didie, dia berang apabila Enot dilihat terbuka mempamerkan kemesraan bersama 'kekasihnya' itu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain