suria

Bujang dan duda tak laku... Lelaki beristeri jadi rebutan, Rozita Che Wan pesan jangan tayang foto suami di media sosial 

Che Ta bahagia melayari perkahwinan dengan Zain Saidin.

BIMBANG isu orang ketiga di dalam rumah tangga yang hangat diperkatakan, pelakon Rozita Che Wan mengingatkan golongan isteri agar tidak kerap berkongsi foto suami mereka di media sosial.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 52, berpendapat lelaki berkahwin kini lebih laris berbanding mereka yang bujang mahupun bergelar duda.

"Zaman sekarang jangan tayang suami dekat media sosial. Nanti ramai yang berkenan.

"Zaman sekarang bujang, duda tak laku. Laki (suami) orang laku, laki kita pula elok... jadi kita simpan. Tayang muka kita sahaja dekat media sosial," luahnya.

Che ta

Perkahwinan Che Ta dan Zain sudah masuk usia 10 tahun.

Che Ta berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang memaparkan dia bersama suami iaitu Zain Saidin.

Bagaimanapun dalam hantaran tersebut, Che Ta tidak memaparkan keseluruhan wajah Zain dengan jelas.

Perkongsian pelakon drama Kiah Pekasam itu turut dipersetujui oleh pengikutnya terutama golongan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba muncul cerita ‘naik tangan’, Che Ta mengamuk kisah rumah tangga dijaja di Facebook

ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuh gigi berlebihan, Anak Che Ta selamat jalani pembedahan ‘Supernumerary Mesiodens Tooth’

Malah ada di antara mereka berseloroh ingin 'menyimpan' suami masing-masing di dalam rumah sahaja.

"Sokong, tayang suami nanti kena kebas. Jangan tayang rumah besar juga Che Ta.

"Letak suami dalam peti sejuklah, tak pun ikat rantai biar orang tak tahu," antara komen netizen.

Che taa

Che Ta dan Zain Saidin.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain, 39, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, aktres berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy zulkafly pada 26 Ogos 1995 namun bercerai pada 8 Mei 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain