suria

Nadeera tampil identiti baharu, mencari ‘Emas’ elak nama kembali suram

Nadeera harap penjenamaan semula membawa tuah buat dirinya.

JUARA program Big Stage 2023 iaitu Nadeera Zaini tampil dengan nama baharu sebagai langkah permulaan bagi penjenamaan semula karier seninya selepas menjuarai program Big Stage 2023 pada Julai lalu.

Pemilik nama sebenar Farah Nadeera Zaini, 30, ini memberitahu dia kini hanya mahu dikenali sebagai Nadeera dan percaya penukaran itu akan mengukuhkan lagi perjalanannya dalam bidang seni tempatan dan antarabangsa.

“Sebelum ini saya pernah dikenali dengan nama Nadeera Zaini, Farah Nadeera serta nama-nama lain seperti Nadeera Mentor Legend, Nadeera Lagu Cinta Kita dan Nadeera Big Stage.

“Setelah berbincang dengan pihak pengurusan serta bertanya pendapat dengan mereka yang profesional, saya kini hanya mahu dikenali dengan satu nama sahaja iaitu Nadeera.

358483975_18369089164025916_4523173481984573909_n

Juara Big Stage 5 mahu dikenali sebagai Nadeera sahaja.

“Jadi, keputusan untuk membawa Nadeera sahaja kerana percaya nama itu boleh memberi nafas baharu terhadap kerjaya seni saya. Saya berharap penjenamaan semula membawa tuah dalam bidang seni," katanya.

Berkongsi mengenai perancangan masa depan, Nadeera menyimpan hasrat untuk melebarkan sayap sekitar nusantara serta ke peringkat antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini rakam single ciptaan komposer Justin Bieber, habuan menang Big Stage 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Nadeera Zaini gugur, Ajai minta jangan rasa rendah diri dikecam tak cantik

Jelasnya, dengan adanya syarikat pengurusannya iaitu Woodwind Records membantu tampil dengan pelbagai idea segar serta bakal mengelola kerjaya muzik bakat-bakat berpotensi.

“Penjenamaan semula ini juga bersesuaian dengan kewujudan syarikat pengurusan yang mengatur perjalanan seni saya, Woodwind Records dan mereka mempunyai pelbagai perancangan merencana perjalanan karier saya dalam bidang muzik,” katanya.

Sementara itu, Nadeera berkata, dia juga sudah melancarkan single terbaharunya berjudul Emas yang mendapat sentuhan Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat selaku komposer.

Liriknya juga mendapatkan sentuhan mereka bertiga termasuk penyanyi Datin Alyah.

nadeeera

Nadeera harap Emas dapat harumkan namanya kembali.

Nadeera berkata Emas menampilkan tema semangat dan kebangkitan sesuai dengan perjalanan baharunya sebagai penyanyi.

“Saya akui, saya bagai ‘dilahirkan’ semula selepas menjuarai Big Stage. Sekali lagi, saya diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan kali ini, saya enggan sia-siakan perjalanan yang baru sahaja bermula.

“Saya enggan leka dan tak mahu nama kembali ‘suam’, jadi saya mencari sesuatu seperti Emas untuk diketengahkan.

“Emas menampilkan isi hati saya yang benar-benar berharap untuk bersinar dalam industri muzik selepas melalui fasa jatuh bangun sejak tahun 2012. Platform yang saya ada kali ini dianggap sebagai peluang berharga untuk saya menyerlahkan bakat,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain