TINDAKAN Enot mendedahkan teman lelakinya mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk ada menganggap pelakon itu hanya berpura-pura. Tanggapan itu dibuat selepas seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @amrimukmin memuat naik video memperlihatkan Enot atau Alizza Abdullah, 45, bersama kekasihnya yang diberi gelaran Mr Secret sedang menikmati makan tengah hari di sebuah kedai makan. Pasangan itu memperlihatkan aksi romantis apabila Enot turut menyuapkan jejaka itu makanan selain mempamerkan kemesraan. Bagaimanapun, netizen memberikan reaksi negatif menganggap pelakon drama bersiri Mat Despatch itu dan lelaki berkenaan bukan pasangan kekasih tetapi hanya berlakon. Enot menerima teddy bear daripada kekasih. "Korang kena ingat dia (Enot) pelakon. Macam tengah berlakon saja. "Macam tak gembira saja lelaki itu... Something fishy (ada sesuatu tidak kena)," komen netizen. Malah ada menganggap aktres berkenaan hanya membuat gimik semata-mata mempromosikan produk selepas terdapat barang di atas meja. ARTIKEL BERKAITAN: "Terima kasih Baby" - Enot dapat teddy bear daripada Mr Secret, ungkapan 'I Love You' bukti ada teman lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Bukan buka aib tapi luahan kecewa, Didie Alias dah tak kisah... Hanya mampu panjatkan doa buat Enot Sebelum ini, Enot seakan memberi gambaran dia sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka sekali gus menepis dakwaan menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita berpewatakan lelaki (tomboi). Pelakon tersebut memuat naik video menerima sebuah patung beruang bersaiz gergasi daripada seorang lelaki yang digelar Mr. Secret. Enot yang memanggil jejaka berkenaan dengan panggilan baby memberitahu dia menerima hadiah itu kerana tidak sihat. Enot memberi gambaran hatinya kini sudah dimiliki. Terdahulu, menerusi temu bual bersama penerbit Melodi iaitu Michelle Wee, pelakon Didie Alias atau Fadzilah Mohd Ali, 51, membicarakan tentang sahabatnya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita. Biarpun tidak menyebut nama, namun ramai membuat andaian individu dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka akrab sebelum ini. Tambah Didie, dia juga berasa kesal apabila timbul dakwaan mengatakan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita. Malah kata Didie, dia berang apabila Enot dilihat terbuka mempamerkan kemesraan bersama 'kekasihnya' itu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan terhadapnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!