suria

Rasai debaran masuk set inspirasi filem seram di The Conjuring Universe Tour

The Conjuring Universe Tour berlangsung sehingga 19 November ini.

BERITA baik buat penggemar filem seram, sebuah pameran The Conjuring Universe Tour sedang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya bermula 26 Ogos sehingga 19 November ini.

Pengunjung berpeluang menjalani suatu perjalanan yang menampilkan semula set penggambaran diinspirasi daripada adengan filem-filem seram popular New Line Cinema termasuk The Conjuring, Annabelle dan The Nun.

Terdapat 20 zon seram yang merangkumi lebih daripada keluasan 15,000 kaki persegi terdiri dariapda babak filem The Conjuring, The Conjuring 2, The Conjuring: The Devil Made Me Do It, Annabelle, Annabelle:Creation, Annabelle Comes Home, The Nun, serta The Nun II yang pastinya bakal memberi pengalaman bermakna buat pengunjung.

conjuring2 - 1

Rasai pengalaman seram di The Conjuring Universe Tour.

Lebih menarik lagi, kunjungan pengunjung ditemani oleh seorang pengiring yang akan menceritakan detik-detik seram bagi menambah elemen keterujaan sepanjang penggembaraan.

Dalam pada itu, sewaktu majlis perasmian yang diadakan pada petang Jumaat, Pengarah Urusan Incubas Studio menjanjikan pameran The Conjuring Universe Tour merupakan pengalaman berbeza daripada rumah hantu biasa.

"Kami berasa sangat teruja kerana dapat melancarkan The Conjuring Universe Tour, suatu pengalaman yang berbeza daripada rumah hantu biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak takutkan orang, ramai tak tahu 'Annabelle' terseksa pedih mata, hairan "bagaimana wanita kuku panjang taip mesej"

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sempat rakam patung dalam rak kaca bergerak sendiri mirip filem Annabelle

"Apa yang dipaparkan dalam produksi ini akan membentuk semula pemikiran pengunjung terhadap The Conjuring Universe," katanya.

Serentak dengan pelancaran pameran ini, filem The Nun II juga akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 7 September ini.

Bagi mendapatkan pengalaman yang menakjubkan, penonton boleh menonton filem berkenaan dan kunjungi The Conjuring Universe Tour dengan harga diskaun.

Tiket bagi The Conjuring Universe Tour sudah mula dijual di laman web rasmi theconjuringtour, Klook, IncuTix dan WeTix. Harga tiket bermula RM80 sehingga RM110.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain