suria

Paris Hilton datang Malaysia 13 September, lancar minyak wangi di Sogo KL

Paris Hilton bakal membuat kemunculan di Kuala Lumpur.

BINTANG realiti dan sosialit terkenal Paris Hilton mendedahkan bakal membuat kemunculan di pusat beli belah Sogo di Kuala Lumpur pada 13 September ini.

Paris, 42, memaklumkan di laman X (Twitter) miliknya dia bakal berkunjung ke negara ini bagi melancarkan minyak wangi keluaran terbaharunya Ruby Rush.

F4qCi8MbkAAQRi2

Paris bakal melancarkan wangian terbaharunya Ruby Rush.

Tidak memperincikan acara tersebut, Paris dijangka akan bertemu peminat pada acara itu pada pukul 4 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton akhirnya dedah wajah anak, beri nama Phoenix

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang foto bercuti di Hawaii, Paris Hilton dituduh tak sensitif tragedi kebakaran... Rupanya awal-awal dah buat sumbangan

"Hai Malaysia. Tidak sabar hendak bertemu anda semua pada 13 September ini untuk pelancaran minyak wangi saya pada pukul 4 petang di KL Sogo," katanya.

Untuk rekod, ini adalah kunjungan kedua Paris ke negara ini selepas pernah hadir membuat persembahan di The Party of the Century bersama kumpulan 2AM dan Taboo (Black Eyed Peas).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain