suria

Isu zuriat, anak angkat boleh gores hati segelintir pihak… Achey tak setuju kenyataan Abang Tesla

Achey harap isu poligami tidak dijadikan sebagai konten di media sosial.

NAMA Abang Tesla menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini, bukan sahaja wanita namun golongan lelaki juga terpanggil membahaskan berkaitan kontroversi perkahwinan kali kedua pempengaruh media sosial itu.

Isu ini bertambah hangat selepas Abang Tesla atau nama sebenar Mohammad Khaliltizam Yusri muncul dalam siri podcast di saluran YouTube Caprice Original Films bersama isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari.

Antara kenyataannya dalam temu bual itu yang menarik perhatian orang ramai ialah mengenai zuriat dan anak angkat.

Achey 1

Achey dan isteri antara pasangan yang mencuba rawatan IVF.

Perkara itu turut menarik perhatian pelawak dan pelakon Achey yang turut berkongsi pandangan mengenai rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang didakwa sebagai satu pembaziran.

Sekadar berkongsi pendapat, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata rawatan IVF merupakan salah satu usaha yang boleh dilakukan bagi mendapat zuriat.

Menurutnya, berkahwin dengan wanita lain sama sekali tidak menjamin isu berkenaan dapat diselesaikan.

"Sekiranya berkahwin dua itu berkaitan dengan anak dan ada satu kenyataan yang mengatakan buat apa buang duit buat IVF (merujuk kenyataan influncer Apex Sayur dalam podcast tersebut)... lebih baik kahwin satu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Achey dedah Tiara ada masalah pembelajaran, galak berniaga mahu asah kemahiran anak

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil minat berniaga! Achey layan permintaan anak bisnes gula-gula, 2 jam ‘live’ jual 3,000 pek... “Yang nak membungkus ni mak bapa dia”

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ramai orang nak anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama.

"Bukannya kahwin lagi satu bermaksud zuriat itu bersama pasangan kita pertama. Itu zuriat dengan pasangan kedua," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Achey juga berpendapat ada beberapa kenyataan diluahkan Abang Tesla mungkin akan menggores hati ramai pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak sendiri.

Jelasnya pengambilan anak angkat sememangnya berbeza dengan zuriat sendiri namun ia tetap menjadi pengikat kasih sayang pasangan suami isteri.

Bagi saya isu ini sensitif bila ia dijadikan konten.

ACHEY BOCEY

PELAWAK/PELAKON

"Memang lain anak angkat dan anak kandung sendiri tapi niatnya kita nak ada anak... boleh saja cari kakak, adik beradik atau saudara mara yang boleh mahramkan dia," ujarnya.

Berkongsi perasaan isterinya Nor Hasanah Yahaya apabila menyentuh mengenai isu ini, Achey memaklumkan ia turut mempengaruhi perasaan dan emosi mereka.

Namun dia sentiasa dengan prinsip untuk susah senang bersama isteri.

"Macam isteri, saya tahu dia terasa kerana benda viral ini mempengaruhi... segelintir isteri mungkin akan menganggap suami mereka akan lakukan perkara yang sama.

"Tapi saya faham, ramai lagi suami masih setia. Saya pegang istilah dalam rumah tangga ini, kalau dia ada waktu saya susah, dia juga akan ada waktu saya senang," ujarnya.

Achey 2

Achey mahu susah senang bersama isteri.

Bukan itu sahaja, Achey juga berpendapat isu poligami merupakan suatu yang sensitif malah ia tidak sepatutnya dijadikan konten di media sosial.

"Bagi saya isu ini sensitif bila ia dijadikan konten. Hal poligami ini juga merupakan perkara dalam selimut, tidak perlu diuar-uarkan... kalau perlu kahwin dua kahwin saja.

"Ramai selebriti kahwin dua tapi tidak diuar-uarkan pun, cukup sekadar beritahu tapi tak perlu jadikan konten," kongsinya.

Untuk rekod, Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini mengambil anak angkat perempuan Nur Tiarah Zinnirah pada 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain