suria

[V] Trauma terpalit kes jenayah seksual, Da'i Syed sampai jumpa ustaz berubat... Sedia cerita kisah sebenar dengan anak-anak

PENDAKWAH selebriti, Da'i Syed berkongsi kesan yang dialami dirinya selepas bebas daripada pertuduhan jenayah seksual yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, berkata dia masih trauma dengan pandangan masyarakat meskipun namanya sudah dibersihkan.

Malah, dia mengakui terpaksa mendapatkan rawatan bagi memulihkan kesihatan mental dan emosinya susulan insiden hitam itu.

"Saya sangat trauma... apa yang dilontarkan oleh masyarakat bahawa saya ini perogol. Sedangkan nama saya sudah dibersihkan oleh mahkamah dengan 18 orang saksi dipanggil sepanjang dua tahun setengah perbicaraan.

WhatsApp Image 2023-08-28 at 14.28.51

Syed trauma dicop sebagai penjenayah di mata masyarakat.

"Kita pergi mahkamah memang tak ada buat Instastory atau siaran langsung kerana ia diadakan secara tertutup.

"Trauma itu ada, kesedihan itu ada! Selain itu, tekanan dan kebimbangan. Sampaikan saya pergi berubat di kampung dengan ustaz dan ada juga dapatkan rawatan kaunseling bagi memulihkan keadaan saya," katanya kepada mStar.

Syed berkongsi perkara itu semasa ditemui di sidang media tergempar bagi penularan video fitnah yang melibatkan namanya yang berlangsung pada petang Isnin.

Gara-gara kontroversi panas itu, Syed berkata dia juga diuji apabila hilang punca rezeki dan banyak tawaran kerja dibatalkan pihak tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tuduh isteri gugur kerana kifarah kes rogol, Da’i Syed ambil tindakan terhadap dua netizen kerana fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun tunggu reviu, wanita ini dedah perbualan dengan Da'i Syed... Akhirnya dapat balik wang miliknya

"Saya juga pernah ada job tapi dibatalkan sebabkan nama saya... ada juga pihak televisyen batalkan nama saya sedangkan esok program itu berlangsung tapi dibatalkan.

"Termasuklah program ceramah, ada juga pihak pengurusan buang nama saya sebab kes ini. Saya rasa down, stres, sedih dan macam-macam," luahnya.

Memandangkan namanya sudah terkait kes jenayah seksual, Syed berkata dia bersedia untuk menceritakan kepada anak-anaknya apabila tiba waktu yang sesuai.

Dia sedia berkongsi cerita sebenar kerana segala berita mengaitkan dirinya akan terus kekal di internet.

Kalau Google nama saya memang ada.

DA'I SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

"Sebab itu bila isteri saya mengandung saya minta dia beritahu anak-anak apabila mereka sudah besar tentang kisah ayah dia.

"Kalau Google nama saya memang ada... Da'i Syed dituduh, direman... dipenjara.

"Beritahu anak agar bila dia masuk sekolah dia bersedia. Benda itu memang tidak boleh padam," ujarnya.

syed1 - 1

Syed ambil tindakan undang-undang terhadap dua netizen yang memfitnahnya.

Terdahulu, dalam sidang media berkenaan Syed bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua netizen yang dikenali sebagai Nurul Atiqah dan Ainun Najwa atas tuduhan memfitnahnya di media sosial.

Kata Syed, tindakan berkenaan diambil selepas tular satu video dan kenyataan disifatkan berbaur fitnah di muat naik oleh dua individu tersebut.

Pada April lalu, Syed meluahkan rasa syukur apabila Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang penganggur wanita.

Malah pada Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya juga melepaskan dan membebaskan (DNA) Syed atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain