suria

Watie gigih bersolek nak pergi memancing, Shuib memang suruh isteri berdandan

Shuib suka lihat Watie berdandan sebelum keluar rumah.

ISTERI kepada Shuib mendedahkan penyampai radio itu melarangnya keluar rumah tanpa mengenakan solekan meskipun hanya mahu keluar minum teh tarik.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, Shuib memang gemar melihat dia berdandan meskipun hanya mengenakan solekan nipis.

"Nak pergi memancing saja pun kan, tapi itulah nak buat macam mana, suami kita pula memang sejenis asal nak keluar mesti tanya tak nak bersolek sikit ke?

"Jadi korang yang selalu cakap Watie tak payah nak make up... tak boleh nak buat apalah kan.

Watie

Watie sibuk berdandan sebelum keluar memancing.

"Sebab suami kita memang suka tengok kita bersiap make up segala walaupun nak keluar pergi minum teh tarik," katanya.

Watie berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya memaparkan dia sedang bersiap untuk keluar memancing semasa bercuti di Semporna, Sabah.

Lebih menarik perhatian netizen apabila Watie mampu mengawal keadaan dengan baik meskipun terdengar tangisan anak-anak sekali gus mendapat pujian netizen.

Malah Watie juga berjaya memujuk anak daranya Dzahira Talita Zahra agar mandi terlebih dahulu sebelum ingin turut serta berdandan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib masih rindukan Siti Sarah, tiada sekelumit cemburu dalam hati Watie Hanifiah

ARTIKEL BERKAITAN: Pujuk anak tiri merajuk, netizen puji layanan baik Watie... “Akhirnya mereka ada tempat bermanja”

"Abaikan suara anak-anak saya menangis yang penting solekan mummy on point," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memuji sikap keibuaan Watie dalam melayani anak-anaknya.

Malah mereka juga memaklumkan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin juga ada memberitahu Shuib suka melihat dirinya berdandan.

"Mak-mak sangat Watie nampak dah biasa dengan suasana anak-anak.

Watie 111

Netizen puji sikap keibuan yang dimiliki Watie.

"Bagus Watie, dah bersedia dengan pakaian anak-anak sebelum make up. Nampak sangat pandai urus rumah tangga.

"Dulu arwah Sarah pun ada selalu cakap Shuib suka tengok isteri dia bersolek," antara komen netizen.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain