suria

Kali keempat berjaya tawan Kinabalu, Azhan Rani diuji penyakit akut gunung

Azhan gigih daki Gunung Kinabalu dalam keadaan AMS.

KEJAYAAN menakluk puncak Gunung Kinabalu di Sabah buat kali keempat memberi cabaran berbeza buat pelakon Azhan Rani.

Azhan, 47, berkata, pelbagai dugaan perlu ditempuh sepanjang perjalanan ke puncak malah dia turut diuji dengan penyakit gunung akut atau AMS buat kali pertama.

"Kali keempat di sini (Gunung Kinabalu), pertama kali kena AMS. Beria buat video di atas ini di bawah pengaruh AMS dengan angin kencang.

"Alhamdulillah ahli rombongan dan pasukan bimbingan yang tak putus asa tunda aku, akhirnya sampai juga. Macam mana cara nak sampai itu tak payah cerita, aib nanti," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Azhan 1

Azhan tidak berputus asa meskipun berdepan masalah AMS ketika mendaki.

Dalam hantaran tersebut, Azhan turut berkongsi video yang diambil semasa berada dalam pengaruh AMS yang memaparkan dia kelihatan tidak berdaya dan lemah.

AMS adalah keadaan di mana penderitanya mengalami gejala ringan seperti sakit kepala dan loya selain pening, muntah, keletihan, kehilangan tenaga dan sesak nafas.

Menerusi hantaran lain, Azhan turut melahirkan penghargaan kepada rakan kumpulannya yang membantu serta memberi semangat untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepaskan sahaja pada saya” - Azhan Rani lapang dada dituduh penyebab Fasha Sandha cedera, raikan kecaman dan tohmahan

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit-sakit pun nak kerja... Azhan Rani terkejut Fasha nak sambung berlakon, takut susahkan kru - “Mujur produksi tangguhkan babak”

Kata Azhan, jika tidak kerana mereka dia mungkin mengambil keputusan berhenti mendaki ekoran masalah AMS dihadapinya.

"Saksi AMS. Terima kasih Syafiq Eman, dari kilometer lapan dia yang bawa zombie ini sampai puncak," luahnya.

Dalam pada itu, Azhan berkongsi dia juga terpaksa melelapkan mata di sebalik batu semasa dalam perjalanan turun bagi menstabilkan keadaannya yang lemah.

Namun dia bersyukur AMS dialaminya itu bukan kronik dan di tahap ringan.

Macam mana cara nak sampai itu tak payah cerita, aib nanti.

AZHAN RANI

PELAKON

"Masa nak turun imbangan AMS tidak habis lagi terpaksa tidur lima minit belakang batu hilangkan mabuk AMS ini. Memang tak kelakar langsung!

"Selepas bangun, badan dan otak dah rasa stabil macam orang baru dibebaskan dari pusat pemulihan. Cuba jalan perlahan-lahan ke check point di Sayat-Sayat. Makin turun makin okay.

"Selepas check point tiba dah boleh lari anak sampai Laban Rata. Begitu mengada-ngadanya AMS ini. Nasib dia bagi yang ringan kalau betul-betul hardcore entahlah," luahnya.

Bukan itu sahaja, Azhan juga memaklumkan cuaca kali ini juga memberi cabaran berlainan buat dirinya.

Azhann

Azhan bersama salah seorang rakan yang turut mendaki Gunung Kinabalu.

Azhan berkata cuaca yang terlalu sejuk membuatkan dia terpaksa menggunakan tiga lapis sarung tangan namun tetap terasa kesejukkan itu.

"Buat kali pertamanya juga di Kinabalu aku tempuh cuaca paling sejuk dengan angin jahat.

"Ingatkan aku sorang rasa macam itu tapi ada pendaki dari tim aku yang dah sembilan kali ke sini pun cakap ini cuaca terpaling jahat pernah dia tempuh.

"Jari rasa macam tak ada darah, tiga lapis sarung tangan pakai," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain