PENYANYI Datuk Aishah mendedahkan dia pernah terkena gangguan sihir yang dihantar oleh individu tidak dikenali melalui penghantaran kurier. Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, akibat perbuatan syirik itu dia mengalami sakit perut selain mendapat mimpi aneh yang tidak pernah dilalui sebelum ini. "Apabila bungkusan itu sampai, saya nak buka tetapi anak minta supaya tunggu dia pulang dahulu. Namun belum buka lagi saya dah tak sedap hati. Aishah mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk memulihkan diri. "Saya juga rasa sakit perut memulas dan ketika itu seperti mahu berguling di atas lantai. "Kemudian saya juga mimpi macam ada orang terkam saya. Saya jarang mimpi yang aneh-aneh, tapi dalam mimpi itu saya nampak seorang lelaki yang sangat familiar wajahnya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Dapat tawaran penyelesaian baru hadiah GV4, Aishah tetap teruskan lelong harta penaja ARTIKEL BERKAITAN: 10 bekas juara berentap semula, gelanggang All Stars Gegar Vaganza bermula 24 September Aishah berkongsi pengalaman seram itu ketika ditemui dalam majlis memperkenalkan 10 peserta All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin. Menurut Aishah sejak awal lagi dia merasa pelik apabila menerima bungkusan tersebut di atas namanya sedangkan tidak pernah membuat membuat sebarang pembelian. Tak sangka zaman sekarang ada sihir yang dihantar dengan cara begitu. DATUK AISHAH PENYANYI "Benda itu (santau) dihantar melalui courier. Saya ingat bateri motor sebab kotak yang digunakan nampak macam bateri motor. "Saya awalnya ingat bungkusan itu anak saya punya tapi bila tengok nama orang penerima, nama saya. Kemudian saya dah macam pelik," ujarnya. Tambah penyanyi lagu Janji Manismu ini dia turut melakukan ikhtiar memasang ayat Ruqyah di rumah selain mendapat rawatan perubatan Islam. Aishah lebih berhati-hati dan paranoid. Dalam masa sama kejadian yang berlaku itu membuatkan Aishah lebih berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang di masa depan. "Saya jadi paranoid bila cerita semula tentang hal ini. Tak sangka zaman sekarang ada sihir yang dihantar dengan cara begitu. "Saya sudah buang bungkusan tersebut dan tiada lagi masalah sakit perut. Ada juga buat rawatan susulan dan saya tak mahu tahu siapa yang hantar atau buat perkara itu kepada saya," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!