suria

[V] Dapat tawaran penyelesaian baru hadiah GV4, Aishah tetap teruskan lelong harta penaja

PENYANYI Datuk Aishah mendedahkan ada menerima cadangan pembayaran baru daripada penaja Gegar Vaganza musim keempat (GV4) iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Isa sebagai penyelesaian membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000.

Bagaimanapun kata Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, dia tetap tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan tetap mahu meneruskan tindakan melelong harta usahawan berkenaan.

"Selepas saya kemuka writ penyitaan, dia ada respon melalui peguam dengan satu cadangan pembayaran baru.

aishah11 - 1

Aishah mahu meneruskan lelongan harta penaja.

"Sebelum ini pun dia tidak membayar seperti yang dijadualkan. Jadi saya tak terima cadangan tersebut," katanya kepada mStar.

Aishah ditemui ketika sidang media program Alla Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Kula Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah cari Amir Pearl depan pintu rumah, tuntut hadiah tanah tak selesai

ARTIKEL BERKAITAN: 10 bekas juara berentap semula, gelanggang All Stars Gegar Vaganza bermula 24 September

Juara GV4 itu mengulas perkara itu susulan tindakan menerjah kediaman Amir pada 23 Ogos lalu bagi tujuan lelongan selepas dua minggu mengemukan writ penyitaan terhadap usahawan berkenaan.

Dalam pada itu, Aishah juga memberitahu usahawan itu diisytiharkan muflis dan kini menuntut bayaran daripada isteri dan anak lelaki Amir yang juga rakan perniaagannya.

Sebelum ini pun dia tidak membayar seperti yang dijadualkan. Jadi saya tak terima cadangan tersebut.

AISHAH

PENYANYI

"Ketika perbicaraan di mahkamah pada September lalu baru saya tahu dia muflis. Jadi proses tersebut buang masa.

"Oleh kami kami teruskan tuntutan kepada dua orang rakan perniagaan yang juga merupakan isteri dan anaknya," ujarnya.

Aishah juga berkata, dia sedar ramai mengecam tindakannya selepas Amir turut dikhabarkan diserang penyakit angin ahmar.

"Orang kecam saya tapi saya tetap akan usahakan. Saya dah sampai tahap ini, takkan nak hentikan?

"Lagipun saya dapat tahu dia baru sahaja diserang strok iaitu kira-kira tiga bulan lalu. Kes tuntutan ini dah berlarutan selama enam tahun," jelasnya.

qq

Aishah merupakan juara GV musim keempat.

Ketika Aishah dinobatkan sebagai juara GV4, selain memenangi wang tunai RM100,000 dia juga menerima sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Isu timbul apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut.

Bagaimapun kes tuntutan tersebut selesai di mahkamah pada September tahun lalu apabila penaja setuju dengan cadangan penyelesaian iaitu membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain