PROGRAM realiti popular iaitu Gegar Vaganza (GV) kembali untuk musim kesepuluh yang akan mula menemui penonton bermula 24 September ini. Istimewanya edisi kali ini, All Stars Gegar Vaganza bakal menampilkan 10 bekas juara daripada musim pertama hingga kesembilan yang akan berentap merebut gelaran juara tahun ini. Juara GV musim kedua, Siti Nordiana turut beraksi. Sepuluh bintang yang bakal berentap pada musim kali ini adalah juara musim pertama iaitu Ayai, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Naqiu dan Hardy Mirza (musim keempat). Turut bertanding adalah Noryn Aziz (musim kelima), Datuk Aishah (musim keenam), Cliff Umar (musim ketujuh), Aliff Aziz (musim kelapan) dan Jaclyn Victor (musim kesembilan). ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera Zaini tepati ramalan juara Big Stage 2023, bawa pulang RM100,000 ARTIKEL BERKAITAN: Hargai sokongan penonton, Astro anjur ‘GV Roadshow 2023’ jelajah empat negeri... Peluang peminat bertemu bintang Gegar Vaganza Pengumuman barisan peserta ini dibuat pada sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Selasa. Sementara itu, peserta pilihan yang terdiri daripada pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat juga disenaraikan menerusi kerusi hot seat. Bagaimanapun hanya empat peserta akan bertanding bersama 10 juara All Stars yang bertanding tahun ini. Pemilihan empat peserta itu akan dibuat berdasarkan undian orang ramai. Hardy Mirza dan Naqiu selaku juara GV musim keempat. Dalam pada itu, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat kembali sebagai juri tetap pertandingan tersebut. Manakala hos akan diumumkan pada minggu pertama pertandingan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!