suria

Jaga hubungan baik dengan media, rupanya ini rahsia kejayaan Anne Ngasri dan adik-beradik

Keluarga Ngasri membesar bersama dalam industri seni.

KISAH kejayaan anak-anak Ngasri sering mendapat perhatian netizen lebih-lebih lagi apabila mereka tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi panas.

Menurut Anne atau Naszriah Ngasri, 39, lebih tiga dekad bergiat aktif dalam dunia hiburan, dia mengakui hubungan baik yang terjalin dengan pihak media banyak membantu kerjaya seni mereka adik-beradik.

Kata Datin Anne, dia dan abangnya iaitu pelawak Bell Ngasri dan kakaknya, Darling Ngasri sebelum ini membesar dengan tidak terdedah kepada sebarang laporan kontroversi.

anne1 - 1

Anne menghargai sokongan rakan media.

"Kami ini membesar dalam industri seni. Kami juga pernah merasa zaman di mana pihak media tidak terlalu hangat seperti hari ini.

"Saya rasa kami sentiasa menganggap media ini sebagai salah satu sistem sokongan bagi kerjaya kami adik beradik dalam industri ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata seorang adik... Laungan 'Yak Yak Yeay' buat Anne sebak, mahu Bell teruskan legasi 'Ngasri'

ARTIKEL BERKAITAN: Anne Ngasri tak sangka terima pingat kebesaran, diundang majlis istiadat semasa di Makkah

"Tapi Alhamdulillah sebab kami membesar bersama dan dengan pihak media pun dah macam ibarat sebuah keluarga," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Anne memberitahu mereka sekeluarga sangat menghargai pihak media yang selama ini memberikan sokongan terhadap kerjaya seni mereka.

Bohonglah kalau saya cakap kami tidak melakukan kesilapan. Kami pun manusia biasa ada buat silap.

ANNE NGASRI

PELAKON

Tambah Anne, dia bersyukur kerana sejak daripada dahulu lagi, hubungan mereka bersama rakan media sudah seperti sebuah keluarga.

"Saya dan keluarga memang sangat menghargai pihak media... kalau dulu pun ambil gambar mesti ada kami tiga beradik. Mesti cerita fasal keluarga kami dan semuanya baik-baik.

"Bila kita berada dalam satu keluarga besar, saya percaya media-media dari zaman saya kecil lagi sudah menganggap kami sebagai keluarga, jadi mungkin mereka pun tidak mengeluarkan cerita-cerita (gosip) kami yang agak tidak sesuai," ujarnya.

anne2 - 1

Bell (kiri), Anne dan Darling (kanan) membesar sebagai pelakon kanak-kanak.

Bagaimanapun, Anne tidak menganggap dia dan adik-beradik yang lain tidak pernah melakukan kesilapan, namun menyifatkan pihak media sebagai tembok untuk menapis segala kekurangan yang ada pada diri mereka.

"Bohonglah kalau saya cakap kami tidak melakukan kesilapan. Kami pun manusia biasa ada buat silap.

"Tapi mereka (media) juga yang menjadi benteng kepada kami... Alhamdulillah sehingga kini tidak ada cerita yang tidak elok tentang keluarga kami yang disiarkan pihak media," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain