PELAKON Ahirine Ahirudin mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan seorang lelaki dikenali yang mengekorinya sejak tiga tahun lalu. Ahirine, 27, berkata, tindakan lelaki itu juga sudah keterlaluan sehingga dia hampir membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan bulan lalu. "Dah lama saya kenal dia... Bagi saya dia hanya kawan sahaja tapi tak sangka dia anggap berlebihan sampai canang saya ini teman wanitanya. Ahirine enggan perbesarkan isu diekori sehingga membuat laporan polis. "Perkara ini dah lama berlarutan sejak tiga tahun, malah saya hampir buat laporan polis bulan lalu sebab ada satu tindakan yang dilakukan membahayakan keselamatan. "Tidak perlulah saya jelaskan apa dia buat," katanya kepada mStar. Ahirine berkongsi kisah itu ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Tebus The Movie yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Ahirine sedih orang cakap buruk gara-gara post gambar dengan Farid Kamil, tuduhan ‘penyondol’ jejas nama baik ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi minat tengok perlumbaan kereta, Ahirine Ahirudin jawab hubungan dengan Zizan Razak Tambah Ahirine dia cuba menyelesaikan perkara itu dengan lelaki berkenaan secara baik dan meminta tidak melakukan sebarang perbuatan melampau. Dalam masa sama, aktres ini juga bimbang untuk keluar bersendirian kerana merasa dirinya sentiasa menjadi perhatian. "Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini menjadi besar sehingga melibatkan kes polis. Sebab itu saya cuba selesaikan secara baik. Disebabkan apa yang berlaku ini saya jadi takut nak keluar bersendirian. AHIRINE AHIRUDIN PELAKON "Saya dah block dia di laman sosial namun dia akan buka akaun baru. Susah untuk saya sekat. Dia merasakan perkongsian saya di laman sosial itu ditujukan kepadanya. "Disebabkan apa yang berlaku ini saya jadi takut nak keluar bersendirian. Rasa macam ada mata sentiasa memerhati apabila saya berjalan di tempat awam," ujarnya. Ahirine, Aedy dan Idan Aedan bergandingan dalam Tebus The Movie. Sementara itu bercakap tentang filem terbaharunya itu, Ahirine meluahkan rasa puas dengan kualiti lakonan sebagai watak Ana meskipun banyak menerima teguran daripada pengarah Jason Chong sepanjang penggambaran. "Rasanya setiap hari saya kena marah. Antara sebabnya adalah kurang penghayatan. Bagaimanapun saya puas dengan hasil lakonan kali ini," jelasnya. Filem berkenaan turut menampilkan pelakon Aedy Ashraf dan akan mula ditayangkan di plaform Prime Video bermula 31 Ogos. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!