suria

Suami Madammu tak bagi bayi mandi air paip, sanggup beli berbotol mineral… “Over kan papa dia”

Madammu terhibur lihat gelagat suami manjakan anak.

USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri berkongsi video gelagat suaminya iaitu Muhammad Azri Che Noh terlalu memanjakan bayi lelaki mereka.

Kata Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 33, suaminya tidak mahu anak mereka diberi nama Ahmad Kayden mandi dengan air paip semasa berada di kampungnya di Besut, Terengganu.

Disebabkan itu, suaminya sanggup membelikan beberapa botol air mineral untuk dijadikan air mandian anaknya itu.

Madammu

Pembantu sediakan air mandian buat Kayden.

"Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip... air mineral dia beli.

"Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga saja," kongsinya menerusi aplikasi TikTok.

Dalam rakaman tersebut, pembantunya dilihay mencampurkan air suam bersama beberapa botol air mineral ke dalam bekas mandian bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Kayden nama anak Madammu, kongsi wajah anak bila tiba masanya

ARTIKEL BERKAITAN: Timang anak keempat, suami buat kejutan hadiahkan Madammu kereta Mercedes Benz

Meskipun terhibur dengan tindakan suaminya itu, Madammu percaya itu merupakan salah satu cara suaminya menunjukkan rasa kasih kepada anak mereka.

"Korang kecam sikit TP (suami) itu. Tapi begitulah kasih bapa yang jarang orang nampak," luahnya.

Snapinsta.app_363348036_307663398369419_3922596052165911399_n_1080

Madammu percaya kasih sayang ayah luar biasa.

Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan.

Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda beranak tiga.

Tiga anak Azri iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi dijaga dengan baik oleh Madammu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain