suria

Netizen syak puisi curang tentang Aedy Ashraf, Daiyan Trisha harap buku dapat ‘peluk’ pembaca - “Itu mungkin sekadar spekulasi mereka”

Buku puisi luahan perasaan kekecewaan Daiyan tentang kehidupan.

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha memilih untuk membiarkan netizen membuat spekulasi berhubung puisi tentang kecurangan yang didakwa ditujukan kepada aktor Aedy Ashraf.

Daiyan, 30, berkata, perkongsian puisi berkenaan tidak menggambarkan keseluruhan isi kandungan buku berjudul Tulisan by Daiyan Trisha yang menghimpunkan tentang perjalanan hidupnya dari tahun 2018 sehingga 2022.

"Bagi saya itu mungkin sekadar spekulasi mereka, buku pun tak keluar lagi... Mereka hanya nampak puisi yang saya luahkan pada waktu itu.

"Itu hanya sebahagian daripada apa yang saya kongsi dalam kandungan buku yang ditulis dari 2018 hingga penghujung 2022. Banyak perkara saya lalui ketika itu termasuk hubungan dan perjalanan hidup.

Buku puisi luahan perasaan kekecewaan Daiyan tentang kehidupan.

Puisi hanya sekadar tempat luahan perasaan Daiyan.

"Apa mereka nak kata itu bergantung pada masing-masing sebab bagi saya buku itu adalah tentang apa yang saya rasa," katanya.

Daiyan menjawab perkara itu ketika ditemui pada acara Viu Lokal Lah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Daiyan berkata, dia berharap buku Tulisan by Daiyan Trisha itu nanti dapat mendamaikan hati pembaca yang pernah mengalami kekecewaan dalam hidup.

"Saya tulis sebab saya rasa ia ada kaitan dengan ramai orang dan pernah melalui perkara sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Teknik CGI ‘Sumpahan Jerunei’ kena kutuk! Daiyan Trisha dedah cerita sebenar, dakwa ditipu ‘orang putih’ buat kerja separuh jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha bakal jadi penulis, lancar buku puisi ‘Tulisan by Daiyan’

"Saya tahu bukan saya seorang sahaja pernah mengalami pengalaman dilukai, dicurangi... Saya letak dalam buku sebab itu sahaja yang mampu saya buat.

"Besar harapan agar buku ini dapat 'memeluk' pembaca," kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Daiyan memberitahu dirinya baharu sahaja tamat menjalani penggambaran drama adaptasi W: Two Worlds dan bakal ditayangkan di platform penstriman Viu tidak lama lagi.

370781833_18382104694041975_6910974290904209099_n

Daiyan akui buku puisi mengenai perasaan yang dialaminya.

Menjawab cakap-cakap dia tidak sesuai membawa watak sebagai Izara menerusi drama berkenaan, Daiyan percaya dia telah melakukan terbaik bagi memuaskan hati penonton kelak.

"Saya cuba yang terbaik... tapi kalau ada orang nak bandingkan saya tak boleh nak buat apa.

"Saya pun ada tonton drama asal dan buat kajian mengenainya. Saya cuma harap bila cerita ini ditayangkan, ia akan diterima dengan baik," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain